Posts

Showing posts from March 19, 2016

Sang Pemilik Hati

Image
بسم الله الرحمن الرحيم "Berjuta cerita terukir  menjadi sebuah dilema mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan... malam menangis membasahi mata hatiku namun tetap aku  cuba bertahan dalam buih-buih cinta yang kian rapuh kerna  apa yang aku genggam tak mudah untuk aku lepaskan..." Radio di sudut bilik tidak henti memainkan lagu cinta. Cinta yang sememangnya perasaan fitrah manusia. Cuti Semester keempat. Wardah berat hati ingin pulang ke kampung halaman. Bukan tidak mahu berjumpa melepas rindu pada mak dan ayah, tetapi sesuatu hal yang sulit berkait hati dan perasaan merantai hati Wardah. Wardah penat. Dia penat disoal mengenai jodohnya yang tidak kunjung tiba. "Dah tiba masanya Wardah cari calon suami,"luah ayah cuti semester lepas. Muka Wardah merah. Wardah ni pemalu, meskipun bila bercakap dialah yang tampak yakin, meskipun bila ada keperluan untuk berurusan dengan insan yang berlainan jantina dengannya, dia boleh berurusan