Posts

Showing posts from May 29, 2012

Jangan Putus Asa...

Image
Malam itu, malam yang sangat sejuk. Hujan turun mencurah-curah dan kakak masih ingat air sungai mula naik dari paras biasa sehingga halaman rumah kita dinaiki air. Melihat wajah abang yang gembira ketika dapat menangkap seekor ikan haruan yang terdampar di atas pasir selepas hanyut dibawa arus air meriuhkan suasana. Kakak dah baca surat itu, surat itu menyatakan agar kakak tidak menyusahkan ibu dan ayah lagi. Kakak rasa sedih, sebab kakak tak mahu jadi beban pada keluarga tetapi dalam masa yang sama kakak cuba melawan sesuatu yang telah Tuhan takdirkan hadir dalam hidup kakak. Maafkan kakak. Sebenarnya, hari tu kakak dah tahu esok dugaan yang mendatang lebih hebat sebab nasib kakak bukan macam orang lain. Kadang-kadang sedih juga bila terpaksa berhadapan dengan pertanyaan ramai orang. Apa perkembangan terkini diri ini dalam pendidikan.  Jujur sahaja, teman-teman dirasakan mula menjauhkan diri. Jarang ada yang mahu menegur dan berkongsi berita bahagia. Nasib baik, ayah dan i

warna kehidupan

Image
Bismillah.  Dah lama rasanya insan ini tak berblog. Jujur ya, tak dapat nak menulis sebab talian internet tiada di rumah akibat modem rosak. Alhamdullilah sekarang modem dah ada yang baru dan nasib baik jugalah mama tersayang nak belikan buat anakandanya yang semakin hari semakin comel ini walaupun harganya agak mahal. Sepanjang hari ini saya banyak berjalan dan berita baik berat badan saya bakal mencapai berat badan ideal atau sihat =B Amboi, itu pun liyana nak cerita kat orang ke, ha ha. Saya sebenarnya bukanlah seorang individu yang obses mengenai berat badan, tetapi apabila ayahanda dan kaum kerabat mula menegur mengenai badan saya yang makin hari makin naik macam penyanyi Adele yang berisi tetapi kekal cantik itu baharulah diri ini terkocoh-kocoh nak kawal pemakanan-.-' Ya Allah, semoga hamba-Mu ini dapat menjalankan sunnah kekasih-Mu iaitu "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang." Insya-Allah.