Posts

Showing posts from 2010

Hidayah

Image
HIDAYAH Nurul Liyana Kamaruddin www.writingisapassion.blogspot.com “Assalamualaikum, cikgu!”, Kelas 2 Neptune gamat dengan suara para pelajar yang memberi salam kepada Guru Kelasnya, Cikgu Azlina. “Waalaikummussalam, hari ini saya nak perkenalkan seorang pelajar baru bagi kelas kita. Christine, sila perkenalkan diri kamu.” Seorang gadis Cina melangkah masuk. Tubuhnya agak berisi. Mukanya juga agak bulat, manakala pipinya tembam. Sesekali pipinya bertukar kemerah-merahan dek disakat peljar kelas aku. Matanya sepet dan bibirnya agak mungil. Rambut hitam lurusnya diikat satu seperti ekor kuda. Cukup comel.“Selamat pagi, nama saya Christine Ai Guat. Saya berasal dari Johor Bahru. Saya berpindah ke sini kerana mengikut ayah baru membuka cawangan bisnesnya di sini. Saya berharap kalian akan memberi tunjuk ajar dan bimbingan buat saya sepanjang persekolahan saya di sini. Terima kasih.” Para pelajar bertepuk tangan setelah dia selesai memperkenalkan diri. Dia mengatur langkah lalu du