Posts

Showing posts from May, 2012

Set Me Free

Image
Last night this pic was edited by me. I'm fatigue but this is too much worth. *Visit http://www.mah-handicraft.blogspot.com for more infos. Flu, set me free. oh set me free. From the throat and headache, oh oh set me free=D Hi girls. Today I accidentally got a flu from my grandma who had come to visit us here and I hate to admit that I really don't like to eat medicine though they are pretty much attractive and colourful, thanks to the fellow pharmacists he heh. However I don't take a rest or just lying in my bed with my damn flu *Masya-Allah, don't say that girl, flu clean your sins, seriously* instead of that I went for a walk in front of my family's little house, sweep the stairs, hang the clothes and set them under the sun rays so that it will be dried, asked my little brother Afiq to buy chicken, washed the tons of dishes *Y u no clean your own plates, siblings!*, clean the chicken, fry it, put the rice into the rice cooker and lastly I'm liste

Leisure Time Hobby

Image
Bismillah. Hai semua. Hari ini saya nak bercerita mengenai hobi saya (rasa macam budak-budak lagilah pula). Pertama sekali, semua orang mesti ada hobi kan, kan? Kalau bagi yang tak ada tu, cepat-cepatlah cari hobi atau aktiviti yang berfaedah macam baca novel ke, buku non-fiction ke, pelihara kucing ke dan sewaktu dengannya agar masa lapang kita tu dapat digunakan sebaiknya bersesuaianlah dengan peribahasa, 'Masa itu emas'.  Apa hobi Liyana ya? Sebenarnya saya ada macam-macam hobi=). Masa kecik-kecik dahulu suka sangat kumpul setem sebab hadiah hari jadi masa tu dapat buku setem. Jadi setiap kali surat-surat sampai atau mama pulang dari kerja, sayalah orang pertama yang terkocoh-kocoh nak buka surat dan ambil setem. Mama pula kerja di pejabat sekolah, banyak surat-surat sampai dan banyak juga setem yang pelbagai. Unik lagi. Actually that is my previous hobby . Tapi sekarang saya suka sangat tangkap gambar atau istilahnya fotografi lepas tu, edit gambar-gambar tu. Best ta

Jangan Putus Asa...

Image
Malam itu, malam yang sangat sejuk. Hujan turun mencurah-curah dan kakak masih ingat air sungai mula naik dari paras biasa sehingga halaman rumah kita dinaiki air. Melihat wajah abang yang gembira ketika dapat menangkap seekor ikan haruan yang terdampar di atas pasir selepas hanyut dibawa arus air meriuhkan suasana. Kakak dah baca surat itu, surat itu menyatakan agar kakak tidak menyusahkan ibu dan ayah lagi. Kakak rasa sedih, sebab kakak tak mahu jadi beban pada keluarga tetapi dalam masa yang sama kakak cuba melawan sesuatu yang telah Tuhan takdirkan hadir dalam hidup kakak. Maafkan kakak. Sebenarnya, hari tu kakak dah tahu esok dugaan yang mendatang lebih hebat sebab nasib kakak bukan macam orang lain. Kadang-kadang sedih juga bila terpaksa berhadapan dengan pertanyaan ramai orang. Apa perkembangan terkini diri ini dalam pendidikan.  Jujur sahaja, teman-teman dirasakan mula menjauhkan diri. Jarang ada yang mahu menegur dan berkongsi berita bahagia. Nasib baik, ayah dan i

warna kehidupan

Image
Bismillah.  Dah lama rasanya insan ini tak berblog. Jujur ya, tak dapat nak menulis sebab talian internet tiada di rumah akibat modem rosak. Alhamdullilah sekarang modem dah ada yang baru dan nasib baik jugalah mama tersayang nak belikan buat anakandanya yang semakin hari semakin comel ini walaupun harganya agak mahal. Sepanjang hari ini saya banyak berjalan dan berita baik berat badan saya bakal mencapai berat badan ideal atau sihat =B Amboi, itu pun liyana nak cerita kat orang ke, ha ha. Saya sebenarnya bukanlah seorang individu yang obses mengenai berat badan, tetapi apabila ayahanda dan kaum kerabat mula menegur mengenai badan saya yang makin hari makin naik macam penyanyi Adele yang berisi tetapi kekal cantik itu baharulah diri ini terkocoh-kocoh nak kawal pemakanan-.-' Ya Allah, semoga hamba-Mu ini dapat menjalankan sunnah kekasih-Mu iaitu "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang." Insya-Allah.