Posts

Showing posts from September, 2013

Ada Ketika

بسم الله الرحمن الرحيم Ada ketika, aku merasakan hidup di rumah di samping keluarga tersayang lebih membahagiakan dan menenangkan. Mereka orang-orang yang telah bersama aku selama banyak tahun dan mereka juga yang aku impikan untuk bahagia bersamaku di Hari Akhirat kelak, Insya Allah. Adakah engkau, seperti aku…ingin merasakan sinar mentari dalam awan yang mendung bersama pohon-pohon hijau dan padang rumput luas. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa serta tidak membuatkan kita sejuk. Alangkah indahnya hidup ini. Benarlah, zikir tanda ingatan pada CINTA yang terbesar iaitu Allah adalah ibu segala kebahagiaan. Adakalanya fikiran aku bercelaru…memikirkan hal-hal aku yang sekali dipandang agak remeh bagi seorang yang telah bekerja. Aku hanya seorang pelajar, mungkin lebih enak bunyinya andai aku bahasakan diri ini sebagai mahasiswa. Banyak peperiksaan dan dugaan yang menghujani . Sahabat yang dekat di hatiku turut mengalami musibah, kakaknya meninggal kerana Leukimia dan beberapa ha