Posts

Showing posts from November, 2012

Berita gembira?

بسم الله الرحمن الرحيم "Syurga itu untuk orang-orang yang beriman," "Neraka pula untuk siapa?" "Orang kafir," "Habis, kenapa ada orang-orang beriman yang dimasukkan ke dalam neraka?" "Sebab syurga tu tempat yang baik. Orang-orang beriman yang melakukan dosa perlu dibersihkan dahulu dosa-dosa mereka dengan masuk ke dalam neraka, kecuali mereka telah bertaubat," "Ada orang cakap, kalau aku buat dosa banyak-banyak pun, tapi aku tetap dalam agama Islam, walaupun terpaksa masuk neraka untuk beribu-ribu tahun pun akhir sekali aku boleh masuk syurga juga. Boleh ke macam tu?" "Cuba nyalakan mancis dan letak di hidung. mesti sakit kan? kalau dalam satu saat kena api dah sakit, inikan beribu-ribu tahun dalam neraka. Pilihlah, bertaubat di dunia atau dihapuskan dosa-dosa di dalam neraka," "He he," (tersengih segan) * Datang dengan syahadah (azan atau iqamah), pergi dengan syahadah.

Self Review: Question 1.6

بسم الله الرحمن الرحيم Name: Nurul Liyana K Subject: Micro Economic  1. Define the Islamic Economic System The objective of Islamic Economic System is to achieve Al-Falah, which means success in one’s life in the world and also the life hereafter. Economic activities in Islam are not seen from the materialistic aspect only but also the spiritual aspect in this world and the life hereafter. 2. State five (5) philosophical foundations in Islamic Economic System. Briefly explain them. 5 basics philosophical foundation in the Islamic Economic System: i. The concept of tauhid The concept of believing that in Islam there is only one God to be worshipped  which is Allah SWT. The belief of Tauhid is divided into two, which are; The relationship between man and Allah SWT (habluminallah) and the relationship among mankind (habluminannas). ii. The concept of rububiyyah The concept of believing that Allah SWT alone is the creator and the most powerful. He also gives boun

Reblog: Bukan Hati Yang Pernah Menjadi Labuhan Lelaki Lain

Image
بسم الله الرحمن الرحيم “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki” Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan

Ketika Cinta Bertasbih 2

Image
بسم الله الرحمن الرحيم http://www.youtube.com/watch?v=zoyc2fHZhJ0&feature=related Kau mencintaiku Seperti bumi Mencintai titah Tuhannya Tak pernah lelah Menanggung beban derita Tak pernah lelah Menghisap luka Kau mencintaiku Seperti matahari Mencintai titah Tuhannya Tak pernah lelah Membagi cerah cahaya Tak pernah lelah Menghangatkan jiwa Kau mencintaiku Seperti air Mencintai titah Tuhannya Tak pernah lelah Membersihkan lara Tak pernah lelah Menyejukkan dahaga Kau mencintaiku Seperti bunga Mencintai titah Tuhannya Tak pernah lelah Menebar mekar aroma bahagia Tak pernah lelah Meneduhkan gelisah nyala..

Langit Ungu

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Di  tepi kerinduanku, memandang hampa pada dunia. aku hanya insan biasa tak lepas daripada rasa kecewa hanya pada-Mu tempat kumengadu pahit yang kini menyiksaku aku percaya tiada yang sia-sia semua akan ada hikmah nya.

Kasih tak pernah luput

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ayah Ibuku Tercinta, Semoga baktimu berdua dalam mendidik kami, menjadi terangkatnya derajatmu disisi Allah serta diampunkan dosamu sekecil dan sebesar apapun, Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghira, Amin ya arhamar Rahimin Ayah ibu ampunilah dosa kami semua  Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat  Dari kecil sehingga dewasa  Kau menyayang dan sering memanja  Menanam iman menyemaikan taqwa  Mengajar kami muliakan agama  Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta  Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu  Sebelum nyawa meninggalkan jasad  Sebelum suria terbitnya di barat  Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah  Jadi panduan di akhir zaman  Belaianmu masih terasa  Ya Allah tempatkan mereka di syurga  Kami cintakan Allah  Kami kasihkan rasul  Kami sayangkan Ayah  Kami sayangi Ibu                                                                                                       Ra

Sebelum mentari terbit dari Barat

بسم الله الرحمن الرحيم

Stuck

Image
I'm stuck in this situation. balik. tak nak balik. ::amboi, kolej atuk kau punya. kat bawah ni takde kena mengena dengan stuck yea... masa kecil dahulu setiap kali abah dijemput hadir ke jamuan guru-guru di hotel ke, restoran ke, aku akan menunggu penuh setia dengan mama sambil menonton tv di ruang tamu. Walaupun mata berat, sebab terlampau mengantuk, tapi aku gagahkan jua untuk terus terjaga sebab nak bukak selak pintu bila abah balik beserta satu lagi niat, sebab nak dapatkan hamper. Hamper makanan masa tu aku rasa macam sama tinggi dengan aku. Ada biskut belanda, air oren berkarbonat, biskut teddy bear, Mamee monster dan bakul plastik merah yang jadi tapak hamper. Perkara yang sama berlaku juga ketika Hari Guru. Dalam kereta lagi aku sibuk tengok hadiah-hadiah yang anak-anak murid abah bagi kepada abah dan aku jugalah yang buka hadiah-hadiah itu. Jika ada yang berkenan di mata macam bingkai gambar atau cawan comel bersaiz kecil, terus aku ambil bawa masuk bilik leta

Arab bukan dalang tragedi 11/9

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Bangun subuh paling awal dalam sejarah cuti, teet…masa dirahsiakan, yang pasti hari ini subuh aku bukan subuh gajah atau subuh zirafah. Selepas bersarapan pagi nasi ayam kicap dan minum air teh panas bancuhan mama, aku duduk bersama abah di hadapan televisyen. Pagi-pagi begini ada buletin utama dan sebagai seorang pelajar yang belajar serba sedikit hal yang berkaitan dengan pentadbiran, politik dan undang-undang, aku perlu tahu isu-isu semasa dunia dan negara.  Satu berita mengenai sebuah perhimpunan para pemimpin dan tokoh terkenal menarik perhatian aku untuk terus menonton. Wajah tegas Tun Dr. Mahathir terpampang di kaca televisyen, beliau menyatakan bahawa serangan pada 11 September di World Trade Centre bukan didalangi oleh orang-orang Arab.   Wajah yang penuh karisma dan aura itu penuh pasti meski di hadapan beliau terdapat beberapa orang kulit putih dan tokoh-tokoh Barat yang melihat dan mendengar, mungkin dengan perasaan serta fikiran yang bercampur

Kebaikan Bersangka Baik

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Dipetik dari: Ruangan Hasanah, Majalah Anis Kelolaan: Zakaria Sungib Sebahagian daripada kita pernah menonton video dokumentari The Secret atau membaca bukunya. Dalam video itu dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kanser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doctor mengesahkan kansernya pulih.   Dalam video itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (menyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan menyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.    Saya sangat terkesan dengan apa yang dipaparkan dalam video The Secret itu kerana apa

Air mata sudah kering...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Seorang kanak-kanak perempuan berjalan riang dan tangannya kemas digenggam ibunya. Langit juga cerah hari itu tetapi tanpa disangka-sangka, bumi mereka tiba-tiba dihujani bom dan peluru berpandu. Genggaman tangan dilepaskan dan kanak-kanak itu berlari ketakutan meninggalkan ibunya. Bukan kerana dia penting diri, tetapi kerana si ibu lebih mementingkan keselamatan anaknya dan ibunya tahu jika mereka berlari bersama pergerakan mereka akan sedikit terbatas dan mereka pasti terkorban dek bom dan peluru berpandu milik Israel Laknatullah.  Aku terkedu melihat paparan video ini dan perasaan sedih serta marah dalam diri bercampur baur. Sedih kerana saudara seislamku dianiaya dan marah kerana kekejaman dan kerakusan Israel yang lebih kejam daripada binatang. Gaza telah diceroboh oleh Israel selama 64 tahun dan penduduk Palestin menderita. Sejak tahun 1948 tanah mereka dicuri namun Israel mengatakan serangan yang dilakukan adalah untuk mempertahankan negara mereka. Su

Terkejut you!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Aku tengah lapar sekarang ni dan walaupun nasi lemak ada di dapur tapi aku rasa macam malas nak berjalan. Apalah tahap kemalasan kau ni ya Yana? Tahap bombastik 7 keturunan kot. Huhu. Apa motif aku bercerita pasal malas ni, motifnya aku tak nak masuk kolej awal. Pagi tadi aku saja-saja je buka balik surat pendaftaran pelajar lama uitm dan untuk makluman korang, jantung aku hampir tercabut. Sebab aku tengok surat tu tulis macam nihhh: Tarikh pendaftaran pelajar lama: 3 Nov 2012 (ada kemudahan) dan pada masa tu jugalah aku rasa macam, dunia ini gelap gelita macam hari Earth Hour. Perut aku mulalah memulas semacam. Aku tunjuk surat tu kat mama dan mama suh aku call Nik untuk dapatkan kepastian. Jadi akupun callah Nik Muniera Murzaini ni... Yana: Halo, Nik dok katne ni (tak sempat2 nak bagi salam) Nik: Kat rumahlah. Yana: Nik dah tengok surat pendaftran pelajar lama? Bila daftar pelajar lama yea? Sebab   kat sini tulis 3 Nov. Nik: Silap tulis tu, dah t

Funny actually.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Dear Aini, I hope you will be satisfied with my answers. 1. What is your name and what do you like about it? My name is Nurul Liyana and I like the liyana part because it has the same sound like Diana, the late Princess of Whales. I guess my name is taken from her Royal Highness because I was born on 1992, which is the year of Princess Diana’s death. There is a great story about the lady, she almost get married to a Muslim named Dodi al-Fayed and embracing Islam but due to a car accident she dead. I already google for some past news and story about her and most of it said that Lady Diana was killed and the accident was not a regular accident but instead of that it was planned, just because her pure intention to embrace the true religion and the church institutions became afraid that her popularity might influence other people of Britain to do the same. In my opinion, if Lady Diana has intention to convert her religion to Islam and although she did not

Gurau aje!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم   After Maghrib prayer, I was sitting at the small Japan table and I attracted to a paper. There was a Chinese woman, with a white selempang that written MRS universe Malaysia and the picture of her was already diconteng by crayon, well you know sometimes when we reading the newspaper and we are bored then we tend to draw moustache or spectacles on the picture of someone who actually does not have those things. My sister drew a longer curly hair for the woman and I took a black crayon to draw black headscarf on her. Actually this remembered me of my Biology teacher during form four, Mr. Ghazi who is a pious person *through my eyes ^^* Once, when we were learning about synapsis, cell division and reproduction there was a picture of a girl and a boy. The girl was free hair, and he asked us to draw the headscarf and then he said, “Cover her aurat..” I actually wanted to laugh, but then I think it is the way of him as a teacher to tarbiah us to be a better M

Lighting up candle

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Grateful. Last two days I was taking care of cousin baby Zainul Muttaqin and he is such a cute adorable boy. My dad was asking for my help to fill the marks in SPPBS and it was quiet difficult. I am pretty tired with the job, because the internet connection was so slow and I have to face the laptop for all day long but at the end of the day, I succeed to finishing the task given.  My aunt who is teaching in Sarawak returned to kampung and she told me the stories of the Iban students. Most of them were non-muslims, and they have quite weird names such as Janda Anak Satu, Sidin Anak Sampah, Mohamad Pokok and Wilson Anak Gunung. I think my aunt; Che Tie had been influenced by a novel, Kifarah Cinta. In that story, Rania urged her mother to give permission for her to go to Sabah and teaching there, as her ambition is a teacher, despite strong family business background and wealth, she still decide to share knowledge in rural area.  Che tie said her students

Pororo

بسم الله الرحمن الرحيم What's up with the new simple and kinda weird blogheader? It's Pororo. Pororo is a well-known South Korea cartoon that caught my eyes when I watched Hello Baby with MBLAQ, a Korea television programme. I just google the image as Leo, Lauren and Dayoung were very fascinated with the cute character of Pororo. Pororo do look alike Pingu. Last night I was in front of the laptop just too surf the internet with one good reason, to discover my Final Result of the First Semester. However, I was informed from the Uitm website that the result will be released on Friday, 9th November 2012 and I was a little bit dissapointed. I can't wait to see my result, and my hands are trembling right now and my belly feels like a butterfly is doing the acrobatics in it. Oh, Allah, I really want excellent marks to achieve the DL *abbreviation for the Dean's List* ha ha. I really want to and right now it's opposite than what I mentioned before, "I just do my ve

Behold.

Image
بسم الله الرحمن الرحيم flying...   The blue sky was turning to red. A few birds were flying high in the sky, made their way to the East.  A little girl was busy playing by herself under a Rambutan tree, covered her small hands with mud. She was busy making a mud pie that she planned to give it to Momo, her fat cat. During that time, she did not even think that the future is important, what she wants to be and her parents hope, all of these things seems like a rainbow, sometimes we can see it on the sky and sometimes not. Every time when her father told her a story about a person who did not do well in his life and then he becomes a burden to his parents, she can totally picture what she wants to be.  This is my previous life, my childhood. Sometimes I have been thinking that it would be such a blessing if I can stop myself from growing up and run away from the upcoming responsibility in life but for sure it just my imagination. I know that some readers of my blog will get bo

The making of...Words from heart

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Precious Writing : TULISAN HATI Watak utama konon-konon ni Zara Khairunnisalah kan... Nur Zara Khairunnisa Nama Zara ni sebenarnya diambil daripada salah seorang senior aku yang jadi tokoh pelajar masa aku belajar di stmfp dahulu. Kak Zara pernahlah jadi fasilitator debat aku masa form 1 then aku dah tak participate debate lepas aku tahu bahawa debat ni tak elok sangat as we argue too much on something *ok, ni, bagi akulah...bagi orang lain aku tak tahu, sebab ni pendirian masing-masing kan...* Bukan apa, Zara bagi aku nama yang cantik dan kalau kalian notice benda nilah kan, aku pernah guna nama Zara dalam cerpen Karma dahulu. Dalam cerita ini pula, Zara ni merupakan gadis ceria dan boleh dikatakan bijak, tapi sebab peristiwa pahit yang melanda dirinya Zara telah berubah. Ujian hidup yang dihadapinya menjadikan dia seorang yang lebih baik. Watak sampingan Ayah Zara: Abdul Razzaq Encik Abdul Razzaq, nama ni diambil selepas aku tengok Asma'

motivate yourself

بسم الله الرحمن الرحيم "...after all...those who success in life are those who are very determine about what they want to be...they work hard and they work smart...they enjoy doing what they do...they stand still and stand tall even many around them try to pull them down... they surrounded themselves with positive people and let those who talk bad about them leave behind ...they move forward...because they don't want to waste their time entertaining those bad people...they pray a lot ...they are being blessed by God and parents ...they always remember where they came no matter how far they go...how tall they reach...how big they achieve...they become a fighter for their live ...they love knowledge too much...they read a lot...they never argue things because they know nobody ever wins an argument...they are very patient and they never give up.. .they always understand that every negative events happen in their live is the way how God want to train them to become someone gr

Awas apabila ketawa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم ha ha ;P Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka. "KEH KEH KEH KAH KAH" Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH" Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan me

Sebelum tidur...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  Sebelum Tidur Tafsir Haqqi:- Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... Bertanya Aisyah r.a : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? Rasullulah s.a.w tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. 4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Babysitter ^bidan terjun^

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Aku bukanlah seorang yang pemalas, juga bukan seorang yang boleh dikategorikan sebagai insan yang rajin lagi workaholic . Aku hanyalah insan biasa, sama macam belia lain *layakkah daku menggunakan perkataan remaja* namun harini aku telah menjadi seorang yang luar biasa dengan melakukan satu perkara yang aku jarang-jarang lakukan *bkn tak pernah ya* , iaitu: Jadi babysitter (^^,) Sebenarnya aku pun tak expect yang aku akan jaga sepupu aku merangkap jiran aku yang comel ni, umurnya aku rasa dalam 1 tahun lebih macam tu dan budak kecik ini memang dikenali sebagai baby yang tak banyak songeh atau lebih tepat lagi bejuruss. riang bersama tudung yang diperbuat daripada lampin=D Mak saudara aku yang tinggal kat sebelah rumah ni ada restoran di Pasir Puteh dan beliau tersangat sibuk hari ni dan akulah yang menjadi babysitter Alisya, baby bejuruss. Baby bejuruss tidak banyak menyusahkan aku yang leka menonton video cite-cite Korea di Youtube, malahan beliau

Mari menggulai

Image
بسم الله الرحمن الرحيم hui, tengok sapo masok tu...   Burung-burung berkicau riang di luar rumah, meskipun langit pada tengah hari itu beransur mendung. Angin kencang sekali, menandakan awan cumulonimbus juga bakal menaungi bumi Pasir Puteh. Hujan akan turun. Beg sekolah yang adik jemur pagi tadi belum kering. Selepas solat Zohor, aku tercongok di hadapan tv dengan niat di hati nak menonton cite Hindustan, tiba-tiba mama memanggil, “Kak Long!!!” Lalu dengan langkah yang berat aku meninggalkan filem Bhoothnath lakonan Amitabh Bachan yang macam best itu lalu menuju ke dapur. Terkial-kial aku memakai selipar, maklumlah dapur ni lantainya basah. “Tolong ma masak gulai ayam,” Bunga api meletup, dan rasminya hari ini aku belajar cara-cara nak buat gulai ayam. Aku ni bukanlah pandai sangat masak, tapi kalau setakat bihun sup, telur dadar, jemput-jemput memang aku pro. Bukan tak pernah menggulai, aku pernah tolong mama menggulai tapi tolong yang mudah-mudah dan aku tidak pernah

✿..Kunjungan Terakhir..✿

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin  Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut MEMERHATI wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa. ” Ya..malaikat maut perhatikan kita 70 kali sehari : 1 HARI = 24 JAM 1 JAM = 60 MINIT Maka, 60 MINIT x 24 JAM = 1440 MINIT Oleh itu, 1440 MINIT / 70x malaikat maut memerhati kita maka kita akan dapat jawapan = 20.5714285 minit. Kalau kita bundarkan dapat la jawapan dalam 21 minit.. SETIAP 21 MINIT MALAIKAT MAUT AKAN PERHATIKAN KITA... p/s : "Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya)."(Surah Al-Hijr ayat 5 )