Posts

Showing posts from November 20, 2012

Arab bukan dalang tragedi 11/9

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Bangun subuh paling awal dalam sejarah cuti, teet…masa dirahsiakan, yang pasti hari ini subuh aku bukan subuh gajah atau subuh zirafah. Selepas bersarapan pagi nasi ayam kicap dan minum air teh panas bancuhan mama, aku duduk bersama abah di hadapan televisyen. Pagi-pagi begini ada buletin utama dan sebagai seorang pelajar yang belajar serba sedikit hal yang berkaitan dengan pentadbiran, politik dan undang-undang, aku perlu tahu isu-isu semasa dunia dan negara.  Satu berita mengenai sebuah perhimpunan para pemimpin dan tokoh terkenal menarik perhatian aku untuk terus menonton. Wajah tegas Tun Dr. Mahathir terpampang di kaca televisyen, beliau menyatakan bahawa serangan pada 11 September di World Trade Centre bukan didalangi oleh orang-orang Arab.   Wajah yang penuh karisma dan aura itu penuh pasti meski di hadapan beliau terdapat beberapa orang kulit putih dan tokoh-tokoh Barat yang melihat dan mendengar, mungkin dengan perasaan serta fikiran yang bercampur