Posts

Showing posts from October 11, 2011

Dia Untukku

Image
Amboi, sweetnya tajuk. Sebenarnya ni tajuk perbincangan rancangan Semanis Kurma. Alah, yang diacarakan oleh pendakwah terkenal Ustazah Dato' Siti Nurbaaya Mahmud dan suaminya tu, Ustaz Wan Akashah. Entah kenapa, rasa tertarik pula nak tonton rancangan ni, lagipun program tv yang lain malam tu tak best. Tambahan pula, ni kan majlis ilmu, ada baiknya juga kita tambah pengetahuan pasal jodoh ni, teehee. Jodoh itu apa? Jodoh tu maknanya selalu bertemu, serasi dan saling menyenangkan antara satu sama lain. So, dalam rancangan tu juga ada tetamu jemputan, iaitu pasangan suami isteri yang sudah melangsungkan perkahwinan selama 1 tahun 8 bulan, iaitu Juara Imam Muda, Asyraf dan isterinya, Husna. Menurut beliau, mereka dipertemukan oleh sahabat handai di universiti, saling jatuh cinta dan terus kahwin. Bermula dengan hanya mendengar cerita mengenai Husna, Ustaz Asyraf tertarik dengan gadis itu tetapi tak berminat untuk bertemunya kerana beliau rasa Husna itu jodohnya. Jadi, Ustaz Asyr