Posts

Showing posts from November 1, 2012

tuntut ilmu hingga ke liang lahad

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Malam yang pekat. Tetapi di ruang tamu malam tidaklah sepekat malam di luar rumah. Hal ini kerana lampu kalimantan terang benderang terpasang. Aku menghadap manual PAD190 (Prinsip-prinsip Pentadbiran Awam) di meja makan sambil ditemani abah yang lena tidur di atas tikar buluh beralaskan sebuah bantal, mama yang leka menonton drama kegemarannya dan dua orang adik lelaki yang baru sahaja lepas membaca buku *kononnya* yang kini sibuk parking sama di hadapan tv. Aku tak jeles pun dengan golongan2 yang sedang goyang kaki ini, sebab aku punya vision baru dalam hidup iaitu khatam buku PAD, akaun dan CTU untuk Semester 2! Aku tak pasti sama ada ini kemahiran atau bakat baru yang muncul dalam diri aku *cheh cheh* tetapi aku berjaya mendapatkan buku-buku untuk semester seterusnya daripada senior-seniorku yang murah hati lagi bijaksana. Kali ini mesti pecah rekod dunia punya! *Buku tengok dia, tido dah rupanya. Baru 2 minit studi…* hehe -.-‘ Halaman pertama diselak,

drama-drama sebelum kahwin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم I'm one of his fans. oi, mat lutfi ada fansclub ker?? ha ha. btw, this is an enjoyable video:)

Lucky Star

Image
"Hidup aku tidak berkiblatkan cinta terhadap hamba, hanya buat Yang Maha Esa," Sayang bayuku sayang sampaikan salam buat belahan jiwaku yang sekian lama berjauhan pergi bayu pergi menemui sayangku dan aku di sini senantiasa mendoakan agar dia tenang dalam rahmat-Mu selalu... bagaimana cintanya menemani aku kala kesunyian ketika sayu bertandang rindu menjenguk aku dalam tenang kerana dia juga kutahu tiada putus  mendoakan aku esok, cintaku esok bahagia milik kita:) bingkisan hati untuk: Dolphin Sweety yang bakal meraikan hari bahagianya pada 11.11.2012                  Semoga bahagia ke anak cucu dan semoga dirahmati Allah selalu:)

Kanada Aku Datang - Liyana Fardin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Kisah ini merupakan kisah benar salah seorang bekas pelajar SMK Bukit Jawa, Kelantan. Terdapat sedikit perubahan untuk menyesuaikan cerita ini dengan gaya penulisan saya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan dan semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua dan penyuntik semangat dalam mengejar impian. Salji turun lagi di Kanada. Amirah memandang salji-salji itu jatuh dari bilik yang agak formal itu. Beberapa batang pohon maple yang tersusun seperti berbaris sudah tiada daun yang tinggal. Semuanya sudah gugur gara-gara musim salji yang dingin. “Shall I call you a doctor now?” Amirah terkejut dengan keputusan itu. Professor yang berambut merah dan memakai kaca mata tidak berbingkai itu menghulurkan tangan mahu bersalaman. “Congratulations, Dr. Amirah.” Amirah menyalami tangan perempuan separuh abad berbangsa Inggeris itu. Hatinya tidak putus-putus merafak rasa syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan dia peluang untuk mencapai darjah tertinggi sebagai a