Posts

Showing posts from March 1, 2012

Bila cikgu nasihat...

Image
Lady Liyana Bismillah. hai semua, sihat ke. Dah kahwin ke? Eh, eh...ada yang dah kahwin, bila? Apa celop pula pasal kahwin ni? Saya sebenarnya gembira sangat dengan kehidupan normal saya sampailah saat ni, bila adik saya tegur "Umur dah 2o, tapi takdok gewe agi."(umur dah 20 tahun, tapi tiada kekasih lagi.). Dia bandingkan saya dengan kakaknya iaitu merangkap kakak keduanya yang ada teman lelaki yang memiliki Lamborghini model terbaru warna merah. Dengan nada berseloroh, saya jawab, "Elok juga, boleh dapat rantai leher atau gelang tangan free-free." bukan ke kalau kita langkah bendul kita kena bagi apa yang diminta oleh kakak kita itu macam gelang, rantai atau sebentuk cincin diamond 122 karat? Bagi saya, saya rancang nak kahwin sekitar umur 25 atau 27 tahun, sebab masih banyak perkara yang saya rancang sebelum ni tak tercapai dan terbuat lagi. Insya-Allah, nanti kak long dah sampai seru, kak long akan kahwin juga...sebab semua orang ada jodoh. Pasti ada. Ce