Posts

Showing posts from September 14, 2012

Lagenda Budak U

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Aku dah ada 30 kupon! Sebenarnya dari semalam lagi aku berhajat nak tampal kupon-kupon yang aku kumpul ni dalam kad aktiviti kolej, tapi tak tertunai sebab aku sangat sibuk nak upload gambar-gambar pergi hutan lipur Bukit Baka dalam blog ni. Lama siot-.-'  Oye, bagi budak-budak non-UITM (mungkin la) tak tahu pasal apa bendanya kupon ni? Penting sangat ke? Biasanya kan zaman budak-budak dulu kita selalu ada macam Hari Kantin sekolah, hari keluarga, hari guru dan hari-hari....selalunya bila ada such event, untuk beli apa-apa atau untuk makan mesti ada kupon, kan?  Lebih kurang macam tu jugalah function of coupon di UiTM ni - kelayakan untuk masuk kolej dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak kolej, MPP dan HEA...serta sewaktu dengannya.  Best juga tengok kupon dah banyak. Dah 30 kupon pun (limit tertinggi pengumpul kupon) memang bahagiaalah...sebenarnya dah 31, termasuk dengan hari bertuah aku pergi acara berjalan kaki

Tr!p to Bukit Bakar, Machang

Image
Petang tadi pulang sahaja dari bandar Machang dengan plastik-plastik berisi barangan keperluan tetiba nik muniera murzaini aka mok nik ajak aku pegi jalan-jalan ke Bukit Baka. Baka ke Bakar aku pun dah keliru nama full tempat tu. Kononnya nak buat photosoot lah. Penat jalan-jalan pegi Machang dengan kawan-kawan sekuliah tak abis lagi but aku decide nak pegi ke hutan lipur tu juga. Lama dah tak jalan-jalan. Otak pun dah rasa macam beku. Terkurung dalam kolej tanpa beriadah buat aku rasa macam aku masukkan otak aku ni dalam tempat sejuk beku dalam refrigerator. Gelap, sejuk dan susah nak dapat idea. Kitorang pegi macam biasa, dengan Putrajaya 93. *Eh2 kete ni dah sihat dah, tapi asal butang nak turunkan cermin kat belakang tak ada?* Sebelum masuk ke dalam hutan lipur tu, singgah beli makanan sekejap. Pandai betul budak-budak zaman sekarang, kecik-kecik dah pandai goreng cempedak dan jual. Baguslah, biar anak Melayu pun terus bergiat sama dalam bidang yang memang dijanjikan rezeki