Posts

Showing posts from October 18, 2013

Ironi

بسم الله الرحمن الرحيم Hari Khamis, 10 October 2013 merupakan hari terakhir peperiksaan semester 3 Diploma Pentadbiran Awam. Aku tidak tenang hari itu dan segalanya jelas dan nyata kerana aku telah keluar masuk toilet lebih 2 kali semata-mata hanya ingin membetulkan tudung di kepalaku sementara rakan-rakanku yang lain sibuk menelaah nota buat kali terakhir. Walau apapun, aku tetap berpegang dengan prinsip setengah jam sebelum peperiksaan bermula aku perlu kurangkan bercakap dan tidak boleh menelaah mana-mana nota apatah lagi buku yang tebal sebagaimana 2 orang teman rapatku lakukan sekarang. Aneh sungguh, sepatutnya hatiku hari ini boleh mengecap rasa tenang kerana subjek membaca seperti Malaysian Legal System LAW245 sepatutnya mudah bagi aku. Tidak bermaksud angkuh, namun sekurang-kurangnya aku lebih mudah dalam memahami subjek membaca berbanding subjek yang banyak melibatkan kira-kira walaupun kadang-kadang aku lebih suka sesuatu yang ringkas seperti function saving atau fir