Posts

Showing posts from October 11, 2012

mgt itu bahagia

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Sebelum masuk baca buku tu, buku ni, tampal nota pada dinding... hafal itu hafal ini... semuanya bermula dengan doa penerang hati... sebelum Zuhur tidur sekejap bangun, mandi, solat dan sambung belajar lagi. Sekejap berehat main games Zombi Best mati, hihi Rasa macam nak study lagi tapi teringat pesan pensyarah, " Overload of information ni boleh berlaku pada semua orang. Contohnya bila kita belajar dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang tanpa rehat." tak payah, merugikan. Mgt ditulis guna pen magic berwarna-warni, dengan harapan minda dapat dirangsang dan dapat ingat fakta-fakta dan diagram penting Lucunya, buku teks mgt tak sentuh pun. Hanya guna manual. Hai, beli mahal-mahal tak nak guna ke? Past year jawab juga. Baru tahu mgt bukan tough sangat. Cuma malas dan tak ada latihan. Ketika berperang tangan pun boleh cramp. menulis, terlalu banyak tak payah cerita. Rasa macam tengah exam

bukan cacamarba

Image
بسم الله الرحمن الرحيم “Hidup kau rugi”, lancang mulut itu berkata padaku. “Kenapa?” sekadar berbasa-basi. Aku tak mahu cari gaduh. Memang mulut dia laser. Semua tahu itu. Hmmpph. Mencebik. “Sebab kau lepaskan peluang untuk kejar bintang di langit. Kau leka tengok rumput di bumi,” Aku hampir ketawa. Perumpamaan kau salah. Patutnya macam ni, “Jangan terlalu asyik memandang langit di angkasa sehingga lupa rumput di bumi, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran,”mahu sahaja aku lempar kembali panah berbisa yang ditusuk padaku. Hati berbisik jangan. Nanti jadi sama macam dia. “Kau tak malu? Tak malu ke kau nak berhadapan dengan orang sekeliling? Hidup kau tak macam dulu?” hati aku rasa macam kena jentik. “Sanjungan orang tak ke mana. Bila maruah tergugat, daripada tergadai, baik tinggalkan sahaja sanjungan manusia yang tak seberapa. Asal elok di pandangan Tuhan,” tuturku biasa. Selamba. Dia diam. Aku juga. Kenapa manusia terlalu fikirkan kebendaan, sanju