Posts

Showing posts from September 18, 2011

Kerana Manisnya Cinta

Image
Tajuk: Kerana Manisnya Cinta Nukilan: Nurul Liyana “Boleh tak kau jangan ganggu aku? Aku nak buat kerja rumah ni.”, Nisa menempelak Fairuz, memuncungkan mulutnya. “Hei, sorry sangat Nisa, tapi please, let me sit in front of here. I promise, I will never disturb you. Ok?”, Fairuz meminta. Senyuman di bibir diukir semanis mungkin agar dapat melembutkan hati batu sang ratu. “Ikut suka hati kaulah, asalkan kau jangan ganggu aku.”, bentak Nisa lagi. Tangannya ligat menulis esei yang perlu disiapkan sebelum esok hari. Mata Fairuz tidak henti-henti menjeling Nisa. Nakal sungguh. Fairuz berpura-pura membaca ketika Khairunnisa menjeling kembali ke arahnya tatkala menyedari dirinya diperhatikan seseorang. “Nisa, bila kau nak faham perasaan aku…”, keluh Fairuz.  Kipas siling yang berpusing perlahan memburukkan lagi keadaan kelas 5 Alpha yang sedia panas itu. “Masya-Allah, panasnya kelas ni…berhawa siot! Macam mana nak concentrate kalau panas macam ni? Confuse aku. Kau tak concern