Posts

Showing posts from May 6, 2013

Berputus asa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Setiap manusia hanya memiliki satu umur. Jika dia mensia-siakannya maka dia rugi segalanya. Rugi dunia dan rugi akhirat. Bila anda berbuat dosa kerana dikalahkan syaitan dan hawa nafsu, jangan berputus asa! Hal ini disebabkan kurnia Allah selalu diberikan, dan nikmat Allah sentiasa dianugerahkan pada pagi dan petang hari. Allah s.w.t berfirman dalam hadis Qudsi: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah  lalu dan A ku tidak peduli . Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan dari-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli . Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepada-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan satu apa pun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut ." Doa untuk hari ini, es

Resepi mudah: Sotong masak Kicap

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Anda percaya mitos yang dikatakan Black bahawa makan kicap dapat menggelapkan kulit? YA, aku juga peminat penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti itu tetapi aku TIDAK mempercayai tip kecantikan yang beliau uar-uarkan dalam satu artikel kesihatan yang telah terpampang di dada akhbar tidak lama dahulu. Sebaliknya, aku suka makan lauk masak kicap dan hari ini aku nak berkongsi satu resepi mudah yang telah diajar oleh mamaku yang terchenta~~~ kepada anak-anak dara yang sedang bercuti akhir semester di luar sana, jangan asyik mencekik je kerjanya, sama-samalah kita memajukan diri dalam bidang masak memasak. Oh ya, buat En.Black, selamat maju jaya:)) hihi Sotong masak kicap Bahan-bahan: -Sotong besar(6 ekor) amboi panjangnya sesungut2 sotong ni, kena radioaktif ke hape?? -Bawang merah (2 biji) -Bawang putih (2 ulas bukan 2 labu ) -Bawang besar (separuh) -Halia (potong sikit je, mama cakap halia ni hanya untuk hilangkan bau hanyir sotong t