Posts

Showing posts from July 14, 2014

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July

بسم الله الرحمن الرحيم  Assalamualaikum. Salam Ramadan, semoga Ramadan kali ini lebih bahagia dan berkat, terisi dengan amal ibadah yang bertambah. Amat rugi sekali andai kita sia siakan waktu lapang kita dalam bulan yang mulia ini tanpa sebarang pengisian untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Saya sudah bercerita mengenai pengalaman saya sewaktu menghadapi Speaking Test, bukan? Sekarang ini sambungannya untuk pengalaman sewaktu menghadapi paper MUET yang lain iaitu Reading, Writing dan Listening. Saya bersama teman-teman terpaksa berhempas pulas mencari kenderaan untuk ke SMS Machang, malahan usaha kami untuk mendapatkan sebuah van bagi menghantar kami ke sana menempuh jalan sukar kerana kebanyakan van atau dikenali sebagai ‘tenggiling’ di UITM Manchester sudah ditempah. Bukan semua calon private MUET mendaftar di SMS Machang. Ada yang mendaftar di Rantau Panjang, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu...Gua Musang pun ada!  Namun Alhamdullilah, Pak Cik Mat