Posts

Showing posts from December 21, 2012

Palestin, ini pasti berakhir.

بسم الله الرحمن الرحيم Pagi itu cerah Ceria hatinya ceria bersama bonda berjalan menuju ke pasar Bersama senyuman yang terukir di bibir keduanya Perlahan tiada disangka gembiranya diragut Nun kejauhan yang mendekat  peluru roket dan bom  menjunam datang Umpama titis gerimis turun ketika terik cerah mentari Bonda meminta dia pergi Pergi, pergi tinggalkan kekalutan dan bahaya ini Genggaman erat bonda lepaskan Ya Allah semoga Engkau melindungi anak kecilku Anak kecil berlari bersama tangisan dan takut yang menjadi raja di hati Juga berteman amanat bonda agar meneruskan hidup ini Darah bonda membasahi bumi Wajah suci bonda tercalar penuh luka duka Anak kecil tidak mengerti Menggoncang tubuh bonda bersama tangisan tiada henti Esok, tangis ini akan tiada lagi Kerana dia kini tidak punya ayah bonda  untuk menyapu kesedihan yang mengalir di pipi, Untuk memeluk diri hilangkan resah Yang tinggal hanyalah semangat, keberanian dan doa Hati si kecil tiada ragu lagi Keri