Posts

Showing posts from November 4, 2012

Sebelum tidur...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  Sebelum Tidur Tafsir Haqqi:- Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... Bertanya Aisyah r.a : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? Rasullulah s.a.w tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. 4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Babysitter ^bidan terjun^

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Aku bukanlah seorang yang pemalas, juga bukan seorang yang boleh dikategorikan sebagai insan yang rajin lagi workaholic . Aku hanyalah insan biasa, sama macam belia lain *layakkah daku menggunakan perkataan remaja* namun harini aku telah menjadi seorang yang luar biasa dengan melakukan satu perkara yang aku jarang-jarang lakukan *bkn tak pernah ya* , iaitu: Jadi babysitter (^^,) Sebenarnya aku pun tak expect yang aku akan jaga sepupu aku merangkap jiran aku yang comel ni, umurnya aku rasa dalam 1 tahun lebih macam tu dan budak kecik ini memang dikenali sebagai baby yang tak banyak songeh atau lebih tepat lagi bejuruss. riang bersama tudung yang diperbuat daripada lampin=D Mak saudara aku yang tinggal kat sebelah rumah ni ada restoran di Pasir Puteh dan beliau tersangat sibuk hari ni dan akulah yang menjadi babysitter Alisya, baby bejuruss. Baby bejuruss tidak banyak menyusahkan aku yang leka menonton video cite-cite Korea di Youtube, malahan beliau

Mari menggulai

Image
بسم الله الرحمن الرحيم hui, tengok sapo masok tu...   Burung-burung berkicau riang di luar rumah, meskipun langit pada tengah hari itu beransur mendung. Angin kencang sekali, menandakan awan cumulonimbus juga bakal menaungi bumi Pasir Puteh. Hujan akan turun. Beg sekolah yang adik jemur pagi tadi belum kering. Selepas solat Zohor, aku tercongok di hadapan tv dengan niat di hati nak menonton cite Hindustan, tiba-tiba mama memanggil, “Kak Long!!!” Lalu dengan langkah yang berat aku meninggalkan filem Bhoothnath lakonan Amitabh Bachan yang macam best itu lalu menuju ke dapur. Terkial-kial aku memakai selipar, maklumlah dapur ni lantainya basah. “Tolong ma masak gulai ayam,” Bunga api meletup, dan rasminya hari ini aku belajar cara-cara nak buat gulai ayam. Aku ni bukanlah pandai sangat masak, tapi kalau setakat bihun sup, telur dadar, jemput-jemput memang aku pro. Bukan tak pernah menggulai, aku pernah tolong mama menggulai tapi tolong yang mudah-mudah dan aku tidak pernah