Posts

Showing posts from March 4, 2012

Impian Terindah

Image
Lady Liyana Bismillah, Assalamualaikum semua. Hari Khamis lepas saya pulang ke rumah. Broadband sengaja saya tinggalkan di bilik sebab tak nak percutian saya di rumah selama 1 hari setengah terganggu dek Facebook, Blogger dan macam-macam lagilah. Ternyata, usaha yang saya lakukan untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga membuahkan hasil kerana mulut saya tak henti-henti bercerita kepada abah, mama dan adik-adik mengenai pengajian saya. Di rumah, makan pun sedap-sedap je, yalah...dah lama tak makan masakan mama. Walaupun malam tu kami satu keluarga makan nasi berlaukkan ikan goreng dengan kicap sebab mama letih dan tak sempat masak, saya tetap rasa gembira, sebab saya masih berkesempatan menjamah air tangan mama saya. Waktu petang saya habiskan dengan melihat dan buat inspection ke atas bilik tidur saya. Saya buka kotak Keepsake Ghostbird, dan lihat gambar-gambar lama semasa sekolah dahulu dan surat surat daripada teman-teman. Buat ke seratus empat puluh lima kali, saya i