Posts

Showing posts from October 8, 2012

Impian Kecil Manusia…

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Usai makan nasi lemak ayam yang sangat sedap bersama Hidayah, aku duduk menghadap dia, bersama-sama menelaah buku teks Prinsip-prinsip Islam. Maklum sahaja, esok exam CTU101. Mesej yang aku hantar untuk menanyakan nama penuh ustaz tiada berbalas, mungkin kerana aku tidak menyertakan tujuan kebutuhan aku inginkan nama penuh ustaz. Hairannya Hidayah yang menghantar mesej tanpa nama dibalas ustaz dengan segera. Aku sekadar beranggapan baik, mungkin line tak baik masa aku hantar mesej tu. Lagipun, tak baik bersangka buruk kepada murabbi yang membakar diri mendidik kita mengenai ilmu agama, kan? Hidayah senyum sahaja melihat aku yang berwajah cemberut tiba-tiba. Hal ini tiada kaitan dengan ustaz. “Kenapa?” “Tak ada apa, cuma pelik sikit dengan perkataan tahajud ni. Bukan ke tahajud tu nama bagi solat sunat yang dikerjakan pada satu pertiga malam? Dalam buku ni dinyatakan lain daripada pemahaman saya selama ini mengenai tahajud.”, jelasku kepada