Posts

Showing posts from July 6, 2014

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum, all! Alhamdullilah, saya sudah selesai menghadapi peperiksaan MUET. Syukur, usaha saya mengulangkaji pelajaran berbaloi. Saya dapat menjawab semua paper dengan baik, Alhamdullilah. Tinggal tawakkal kepada-Nya. God helps those who help themselves, indeed. Namun begitu, saya tidak tahu, adakah usaha saya ini bakal beroleh kejayaan manis yang saya mahukan atau saya bakal lulus biasa-biasa sahaja. Justeru itu, tembakan doa dari ibu bapa, murobbi, murobbiah dan teman-teman seperjuangan amat saya harapkan. Speaking Test  dapat saya lalui dengan tenang. Saya merupakan calon terakhir untuk sesi pagi. Sehari sebelum Speaking Test saya pulang ke rumah kerana saya akan dihantar oleh mama ke SMS Machang pada keesokan harinya bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Apa yang lucu, ramai teman teman mempersoalkan tindakan saya memilih sebuah sekolah berasrama penuh sebagai pusat peperiksaan. Kata mereka, grading di sana sangat tinggi kerana sbp iala