Posts

Showing posts from June 10, 2012

Demi Masa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Masa berlalu pantas sekali. Abah dan mama sering mengatakan, kami adik-beradik cepat membesar dan betapa beruntungnya mereka kerana sudah mempunyai anak-anak yang sudah dewasa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat mereka yang lain yang masih mempunyai anak-anak kecil. Orang kata, kalau ingin menilai diri berkenaan perkara yang berkaitan dengan akhirat, maka lihatlah orang-orang di atas daripada kita iaitu orang-orang yang sering melakukan kebaikan, menuntut ilmu dan sebagainya semata-mata kerana mencari reda Allah s.w.t seperti para ulama dan para anbia'. Tetapi, jika melihat perkara yang berkaitan dengan dunia, bandingkanlah diri kita dengan orang-orang di bawah contohnya orang-orang yang tidak bernasib baik berbanding kita seperti golongan fakir miskin. Hal ini demikian kerana agar kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya dan bukan mengkufurinya. Pagi tadi, saya ke HUSM bersama adik lelaki saya dan mama. Adik saya menjalani pemeriksaan mata hampir seti