Posts

Showing posts from May 4, 2013

Beban hidup?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم “Aku rasa, Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh,” Dialog Maria kepada Fahri dalam filem Ayat-ayat Cinta menerjah ruang fikiran aku tapi ironinya, aku baru sahaja menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2 bersama adikku. Televisyen di rumah rosak. Insya Allah ada hikmah, bukankah menonton televisyen secara berlebihan itu tidak elok? Sinarannya sahaja sudah boleh merosakkan minda, apatah lagi intisari rancangan kebanyakkannya yang penuh nuansa kebaratan. Sejujurnya tika cuti ini aku hanya mahu meluang waktu bersama ahli keluargaku yang lain mendekati Allah SWT melalui ibadah dan bacaan, kerana itu aku telah membeli beberapa buah buku yang penulisannya berkisar kisah-kisah Islamik dan pelaksanaan ibadah wajib dengan betul.   Namun, harus juga kuakui aku agak terleka dengan nikmat waktu lapang kurniaan-Nya, aku lebih banyak mempedulikan kisah-kisahku di dunia. Hatiku rasa sepi tanpa ingatan rindu-Ku pada Allah. Situasinya sedikit berbeza berbanding keadaan di un