Posts

Showing posts from November 19, 2012

Kebaikan Bersangka Baik

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Dipetik dari: Ruangan Hasanah, Majalah Anis Kelolaan: Zakaria Sungib Sebahagian daripada kita pernah menonton video dokumentari The Secret atau membaca bukunya. Dalam video itu dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kanser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doctor mengesahkan kansernya pulih.   Dalam video itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (menyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan menyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.    Saya sangat terkesan dengan apa yang dipaparkan dalam video The Secret itu kerana apa

Air mata sudah kering...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Seorang kanak-kanak perempuan berjalan riang dan tangannya kemas digenggam ibunya. Langit juga cerah hari itu tetapi tanpa disangka-sangka, bumi mereka tiba-tiba dihujani bom dan peluru berpandu. Genggaman tangan dilepaskan dan kanak-kanak itu berlari ketakutan meninggalkan ibunya. Bukan kerana dia penting diri, tetapi kerana si ibu lebih mementingkan keselamatan anaknya dan ibunya tahu jika mereka berlari bersama pergerakan mereka akan sedikit terbatas dan mereka pasti terkorban dek bom dan peluru berpandu milik Israel Laknatullah.  Aku terkedu melihat paparan video ini dan perasaan sedih serta marah dalam diri bercampur baur. Sedih kerana saudara seislamku dianiaya dan marah kerana kekejaman dan kerakusan Israel yang lebih kejam daripada binatang. Gaza telah diceroboh oleh Israel selama 64 tahun dan penduduk Palestin menderita. Sejak tahun 1948 tanah mereka dicuri namun Israel mengatakan serangan yang dilakukan adalah untuk mempertahankan negara mereka. Su