Posts

Showing posts from February 1, 2012

Universiti Kehidupan

Image
Pengalaman dan keperitan hidup : umpama UNIVERSITI KEHIDUPAN Bismillah. Rasanya dah lama sangat saya tak menulis dalam blog ini. Bukan apa, sibuk dengan kehidupan seharian. Tak sempat nak curi masa nak tulis blog. Oh ya, baru-baru ini saya ada chat dengan sahabat-sahabat lama dari Stmfp dahulu – Syuhada, Syaamil, Nizar dan Lukman. Sebenarnya, jauh dari sudut hati saya, saya rindukan mereka sangat-sangat. Macam-macam yang kami bualkan…terutama pasal kehidupan universiti yang dilalui kini dan perancangan masa hadapan. Ukhuwah fillan abadan abada:D Syuhada dan Nizar dah berjaya dapat biasiswa (jpa ke mara ya?) untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan dan itu dah memang cita-cita mereka (dan juga merupakan cita-cita saya juga suatu ketika dahulu…namun masih belum tercapai…tak kisahlah jadi doktor apapun, asal bergelar doktor-sama ada Doktor Perubatan atau Doktor Falsafah). Tak salah andai punya cita-cita tinggi bukan? Syaamil pula sambung belajar sebagai ‘med