Posts

Showing posts from June, 2012

Terima Kasih Tuhanku

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdullilah 3x. Akhirnya berpeluang juga melanjutkan pelajaran di sini. Bertemu dengan beberapa orang sahabat lama dan ternyata perjalanan hidup yang masih panjang kurniaan Allah perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya agar diri tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai macam perkara yang nampak cool di luar sana padahal hakikat sebenarnya memudaratkan diri. Ya Allah, kurniakanlah aku sahabat-sahabat yang berakhlak baik dan sentiasa bergantung harap pada-Mu agar kami dapat saling membimbing meniti jalan ke syurga tertinggi, syurga Firdaus-Mu Ya Allah. Amiin, Ya Rabbalalaminn. Insya-Allah, nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami ini tidak akan kami ambil mudah. Jangan Kau biarkan satu saat pun pilihan dibuat oleh diri kami sendiri melainkan dengan bimbingan dan pengawasan-Mu ya Allah. Ya Rabb, kurniakanlah kami kesungguhan dan sifat dahagakan ilmu yang bermanfaat. Ya Rabb, jangan biarkan kami terlalu leka dengan urusan dunia kerana kami tah

Pasang Angan-angan Tinggi Tanpa Usaha Bukan Mukmin Sejati

بسم الله الرحمن الرحيم RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya, " Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah , sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikan (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh- sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas ; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan ."                                                                        (Hadis riwayat Muslim)

Demi Masa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Masa berlalu pantas sekali. Abah dan mama sering mengatakan, kami adik-beradik cepat membesar dan betapa beruntungnya mereka kerana sudah mempunyai anak-anak yang sudah dewasa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat mereka yang lain yang masih mempunyai anak-anak kecil. Orang kata, kalau ingin menilai diri berkenaan perkara yang berkaitan dengan akhirat, maka lihatlah orang-orang di atas daripada kita iaitu orang-orang yang sering melakukan kebaikan, menuntut ilmu dan sebagainya semata-mata kerana mencari reda Allah s.w.t seperti para ulama dan para anbia'. Tetapi, jika melihat perkara yang berkaitan dengan dunia, bandingkanlah diri kita dengan orang-orang di bawah contohnya orang-orang yang tidak bernasib baik berbanding kita seperti golongan fakir miskin. Hal ini demikian kerana agar kita sentiasa mensyukuri nikmat-Nya dan bukan mengkufurinya. Pagi tadi, saya ke HUSM bersama adik lelaki saya dan mama. Adik saya menjalani pemeriksaan mata hampir seti

Ketika aku kecil

Image
بسم الله الرحمن الرحيم The Dove - A symbol for beauty with brain Pagi ini indah sekali cuma terganggu sedikit dek bebelan mama yang meminta saya agar mengemaskan baju kurungnya yang bertimbun di atas katil. Mama wanita bekerjaya dan bukan setakat menjadi domestic engineering sahaja, oleh sebab mama terlalu sibuk dan saya pula terlalu lapang sekarang maka tak salah saya menolongnya dalam house chores:). Bermakna mama melakukan dua kerja dalam satu masa dan sering juga mama menyatakan bahawa suatu hari nanti saya akan jadi sibuk seperti dia. Saya tidak kisah untuk menjadi seperti mama kerana bagi saya wanita yang berpendidikan tinggi mesti bekerja membantu suaminya menyara keluarga tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu aka isteri. Mama seorang yang pandai memasak. Itupun bermula semasa mama tinggal bersama-sama teman-temannya yang lain di sebuah rumah sewa untuk bekerja yakni ketika umurnya baru sahaja mencecah 21 tahun. Setiap kali ada

Peliknyoh...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Wah, bestnya hibernasi ketika musim hujan... Dia ni lagi. Shimizu. Nama dia Hafiz Shimizu Edry. Bapa dia orang Jepun yang datang bermastautin di Malaysia ni. Dengar kata bapa dia suka Malaysia sebab awek-awek KL ramai yang lawa-lawa. Siyes, aku tak tahu sama ada kenyataan yang aku sebut tadi betul atau tak. Aku pun tak tahu kenapa dia ni selalu kacau aku dan ni yang buat aku rasa macam malas sangat nak pergi kuliah sebab aku kena terserempak dengan mamat ni. Mamat yang hensem macam Aaron Aziz tapi ada perangai yang agak menjengkelkan macam makhluk asing jenis dalam filem Men In Black tu. “Latifah…oh…Latifah,”usiknya. Shimizu tersengih nakal. Wajah Jepunnya terserlah. Piirah, dah macam komander Jepun aku tengok. Dahlah tak ada kelopak mata. Aku bet dia ni akan buat plastic surgery juga suatu hari nanti sama macam orang-orang Korea buat bila dia sedar wajah dia pun hodoh tahap gaban. Aku tersengih cuma. Biasalah, nama aku ni memang agak vintage, tapi

My Awesome Ms Lappy Diana Leonardo

Image
Bismillah. Oh, what an another boring day-.- My holidays seems very enjoyable at first but then it turns to be bored. I do not know how to spend my leisure time anymore and then suddenly  a superb idea come out from my balanced brain *ha ha*. I want to ask my Mum's help for teaching me how to cook so that I would not be starving at the university and you know what, it ended with I feel ashamed to ask her. That is because before this she had asked me to learn the cooking skills from her, how to cook simple but delicious cuisine and I refused to help her at the kitchen. Yeah, that is a typical of me, and no one had succeed to help me change this couch potato habit. And I am pretty sure when I finally had a lover I will learn how to cook so that he would not have to eat take away food everyday! The power of love can change everything including someone's attitude and bad habit. Hey, hey what's bring me here with this lovesick topic? uwekk *throwing up*=3 My name is Ms

Baiti Jannati

Image
Bismillah. A few days more and I'll be leaving my home sweet home. It feels like the feeling of homesick is starting to hug me now and I don't know whether I'll be missed by my family members. Do you know what's the meaning of Baiti Jannati? It means 'my paradise is my house' or home sweet home or 'there's no place like home'. For me, home is a bed, home is a mosque, home can be a hotel and home can be a small cottage. It even can be a library or Cyber Cafe. Girls, none of us would admit that we have homesick 'illness'. That's why before it's raining heavily I'll prepare the umbrella *hah, that's a Malay proverb translated officially by me, lol*. How I prepare my u-m-b-r-e-l-l-a? Here...I just snap a few pictures of my hometown and I will publish them in this entry. Awesome, right? That's ease my job for blogging actually... The first picture was edited in Photobucket. The coconut leaves...? A tall d