UK

بسم الله الرحمن الرحيم


Suatu petang yang tak berapa nak indah, aku dan kawan-kawan yang setia menemani kemana sahaja aku pergi telah membuat keputusan untuk ke UK. Okay, sebelum korang got impressed sebab sangka aku ni furthering study ke UK aka United Kingdom tu, aku nak jelaskan keadaan sebenarnya. UK di uitm ni stands for ‘unit kesihatan’, this explanation will ends with muahahaha, I guess? Kan, tengok, korang dah ketawa, pandai aku buat lawak *sah-sah ana demam nih cakap sensorang* Apa kes sampai aku kena admit ke UK? 

Citenye begini…


Hari tu cerah. Macam biasa, hari KO, aku bersiap pukul 3.00 petang lagi dan sebab boring sangat menunggu pukul 5 then aku tertidur. Patutnya lepas solat Asar*Asar awal time nie* dalam pukul 4.30 aku dah patut gerak ke blok D sebab perjumpaan JPAM ada kat situ. Aku lewat hari tu dan masa kuturun dan berebut nak naik tenggiling, aku letaklah tangan aku yang putih melepak dan senang nampak ni kat pintu depan, berpegang sebab nak naik ikut pintu belakang. Alih-alih seorang budak Kesatria tutup pintu tenggiling tu dan tangan aku terkepit di pintu van aka tenggiling tu. Menakjubkan, aku tak menjerit cuma aku cakap 

“Aduh, sakitnya tanganku” lalu tanpa berfikir panjang aku tarik jari jemariku yang kritikal terkepit. Dalam hati aku cakap, ‘Tak apa, budak ni exam hari ni. Tak payah nak emo sangatlah. No big deal. Cuma berdarah dan bengkak je.” Masa tu memang jari aku merah terutama jari kelinking dan tangan aku shaking macam nak menari salsa. Shiznits. Kejam, tapi budak tu dengan wajah kesal minta maaf kat aku dan aku tunjukkan jari aku yang dah cedera parah tu sambil cakap, “tak pa.”

Masa latihan kawad, baru aku perasan, tiap kali aku hanyun tangan kiri aku, rasa macam sakit dan susah nak gerak. So aku tengoklah jari aku yang terkepit tu kan. Rupanya dah biru. Kelam kabut aku mintak ubat dengan komander, nsib baik dia tolong balutkan jari aku. Bengkak dalam katanya. Bila aku balik TDM, habis orang aku inform pasal jariku yang bengkak, including Dayah. Dayah cakap masa dia terkepit pintu bilik pun, dia terus pergi jumpa doctor dan doctor tu suntik jari dia. 

Aku pun pergilah ke UK lepas Dayah berkali-kali pujuk aku ke sana. Bimbang jugak, takut-takut putus jari ni kang, Nauzubillah. Sesampainya di sana, *this is my first time at UK* aku masuk bilik jumpa doctor. Doktor tu pakai spek, frameless. Beruban sikit dan muka baik. 

“Kenapa?”


“Jari sayo kepit doctor.”jelasku dalam Kelantan dialect. Doktor tu tersenyum.


‘Jari dia terkepit pintu tenggiling.” Sampuk misi kat sebelah aku yang tengah berdiri.


“Oh…”doctor menggangguk

Kring2…bunyi handset. 
“Halo? Ya, ha…bla..bla..bla…”doctor jawab talipon. 

Tangan aku letak atas meja macam nak seek for the doctor’s attention. Doktor nampak tak kedahsyatan keadaan jari kelinking saya yang terkepit ni? Doktor buat selamba, still dengan handphonenya yang aku tak tau jenama apa.


“pot pet…pot pet,….bla…bla…em, ya…aha…” setelah beberapa minit, doctor letak telefonnya.

“Beginilah, saya bagi ubat sapu dan ubat makan untuk tahan sakit.”

Itu aje?!!! (dalam ati) 

“Okay doctor.”

“Macam mana boleh terkepit ni?”


“Berebut…”


Misi dan doctor sama-sama cakap, lebih kurang macam ni bunyinya,

“ macam budak-budak…”

Bila aku keluar dari bilik doctor, Dayah ngan Aini sedang tercongok di kerusi. 


“Gapo doctor oyak? Bakpo lamo sangat dalam tu? Jari kena belah ke?”


“Doktor jawab telefon…”, buat muka selamba.


“Haha.” Diorang dua tu ketawa. 


At the end of the day, aku dapat medicine free. Service pun. Padanlah. Kalau macam tu, aku pun nak jadi doctor. Serius-.-‘


Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July