Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, all!

Alhamdullilah, saya sudah selesai menghadapi peperiksaan MUET. Syukur, usaha saya mengulangkaji pelajaran berbaloi. Saya dapat menjawab semua paper dengan baik, Alhamdullilah. Tinggal tawakkal kepada-Nya. God helps those who help themselves, indeed. Namun begitu, saya tidak tahu, adakah usaha saya ini bakal beroleh kejayaan manis yang saya mahukan atau saya bakal lulus biasa-biasa sahaja. Justeru itu, tembakan doa dari ibu bapa, murobbi, murobbiah dan teman-teman seperjuangan amat saya harapkan.

Speaking Test  dapat saya lalui dengan tenang. Saya merupakan calon terakhir untuk sesi pagi. Sehari sebelum Speaking Test saya pulang ke rumah kerana saya akan dihantar oleh mama ke SMS Machang pada keesokan harinya bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Apa yang lucu, ramai teman teman mempersoalkan tindakan saya memilih sebuah sekolah berasrama penuh sebagai pusat peperiksaan. Kata mereka, grading di sana sangat tinggi kerana sbp ialah sekolah budak budak cerdik. Kemungkinan untuk dapat band 3 ke atas adalah sangat susah kerana tahap bahasa Inggerisnya tinggi. Saya tidak gopoh mempercayai kata teman-teman, mereka sangat mengambil berat, tetapi adalah lebih baik saya bertanya kepada senior dahulu untuk mengesahkan kebenaran khabar angin tersebut. Kebetulan, pada masa itu (semester 4) jiran sebelah bilik saya merupakan seorang senior yang pernah mengambil peperiksaan MUET di sekolah itu. Katanya, semua itu hanya cakap cakap tanpa bukti, dia sendiri pernah repeat paper coursenya namun berjaya memperoleh band 3 bagi MUET. Saya bulatkan tekad dan memilih sekolah itu sebagai pusat peperiksaan. Lagipun saya telah biasa dengan suasana dewan sekolah itu, jadi tak adalah saya rasa kekok nanti.

Sehari sebelum peperiksaan Speaking saya demam mengejut. Mama menyuruh saya makan ubat dan tidur awal, keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan saya mengulangkaji pelajaran buat kali terakhir. Saya tidak berapa risau kerana beberapa minggu sebelum test tersebut saya telah membuat latihan speaking secara sendirian di hadapan cermin dan dirakam telefon. Malahan, saya juga giat mencari tips-tips speaking test dalam internet (muetmyway.blogspot.com) dan Berita Harian (Varsiti). Alhamdullilah, Allah tidak biarkan saya hanyut dan leka walaupun saya tidak berpeluang menghadiri mana-mana kelas MUET lantaran tidak cukup masa. Pagi esoknya, saya bertolak dari pukul 7 pagi. Saya perlu berada di sana pada pukul 7.30 pagi.

Saya digandingkan bersama dua orang budak lelaki, juga sedang menuntut di UiTM Machangster, kedua-duanya mahasiswa jurusan perakaunan. Seorang agak berisi serta mesra dan seorang lagi kurus dan malu-malu. Ketika berada di dalam bilik kuarantin bersama teman teman lain saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan mereka. Saya mahu membiasakan diri bercakap dengan mereka agar ketika test nanti kami semua tidak lagi kekok, itu tujuan saya. Saya sempat berkenalan dengan seorang mahasiswa ipts Diploma in TESL, telah kali kedua mengambil MUET kerana berhasrat untuk memperbaiki keputusannya. Saya bertanya kepadanya bagaimana situasi ketika speaking test. Dia sangat mesra dan tidak jemu menjawab pertanyaan saya, walhal kami baru kenal. Banyak ilmu berguna dan tips mudah yang saya dapat. Ha, inilah gunanya kita bertanya. Mungkin bila bertanya tu kita akan rasa bodoh untuk seminit, tapi itulah yang menyebabkan kita tahu apa yang kita wajar tahu!

Angka giliran dipanggil, hati saya mula berdebar. Tapi saya banyak berselawat dan berdoa, moga Allah mudahkan. Tidak ketinggalan juga doa Nabi Musa a.s...Robbisyrohli sodri, wayassirli amri. Wahlul ukhdatann millisaa ni yaf kohu kawli, ya Rabbal Alamin...memohon agar lindah ini lancar berbicara ketika speaking test nanti.

Saya dan teman seperjuangan dapat soalan berkenaan scholarship.
(Boleh rujuk muetmyway.blogspot.com, banyak soalan MUET yang lepas diposkan di situ beserta suggesting answer.)
Saya mendengar apa candidate lain katakan dan mencatatnya ketika Task A untuk digunakan di dalam Task B nanti. Di dalam Task A, kita diberikan peluang untuk bercakap mengenai point yang telah diberikan, masing-masing dapat point berlainan. Tidak boleh menyampuk ketika candidate lain bercakap dalam task pertama ini.

Ketika Task B, seandainya kita punya idea yang bagus dan kita mahu utarakannya, maka utarakan sahaja. Namun task b perlu banya team work. Bagi saya, task b bukan debat, tapi sebuah perbincangan yang tenang dan tidak formal. Boleh mencelah, tetapi dengan isi yang kukuh dan tidak mencelah secara semberono. Ketika orang memberi pandangan, kita hormatinya dengan mendengar dan seandainya ada yang silap atau kita tidak setuju, kita memohon maaf dan beritahu sebab kenapa kita tidak setuju.

Eye contact dan bahasa tubuh juga penting. Janganlah kita tertunduk-tunduk ketika bercakap. Pandanglah mata examiner dan candidates lain. Wujudkan bahasa tubuh yang sederhana, jangan keterlaluan. Jika boleh, buat lawaklah sikit. Examiner yang mendengar guarauan anda dan ketawa mungkin boleh membantu anda dapat extra mark sebab dah sehari suntuk mereka dengar candidates bercakap!).

Akhiri dengan conclusion yang bagus. MPM tak wajibkan bagi conclusion pun sebab speaking ni perbualan biasa macam perbualan seharian. Tapi, kalau bagi lebih baik. Macam karangan lah, ada permulaan, isi dan penutup, baru sempurna. Cukup rasa!

Saya siap bersalam cium tangan dengan dua orang examiners tu. They wish me luck in the next test on July 5. Alhamdullilah, satu test dah beres!

Balik ke kolej saya ambil masa sehari untuk berehat. Keesokan harinya saya sudah mula bertatih mengulangkaji pelajaran untuk paper Reading, Writing dan Listening. Sangat mendebarkan!

Semoga Allah memberkati perjuangan saya menuntut ilmu menjadi manusia lebih baik. Bagi yang akan mengambil MUET sesi November, saya doakan yang terbaik. 

Ingat, berusaha dahulu mengulangkaji dan membuat latihan sebelum peperiksaan kerana kebanyakan pelajar yang gagal dalam MUET walaupun sangat bagus berbahasa Inggeris adalah kerana faktor mereka tidak bersedia!




Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July