Universiti Kehidupan
Pengalaman dan keperitan hidup : umpama UNIVERSITI KEHIDUPAN Bismillah. Rasanya dah lama sangat saya tak menulis dalam blog ini. Bukan apa, sibuk dengan kehidupan seharian. Tak sempat nak curi masa nak tulis blog. Oh ya, baru-baru ini saya ada chat dengan sahabat-sahabat lama dari Stmfp dahulu – Syuhada, Syaamil, Nizar dan Lukman. Sebenarnya, jauh dari sudut hati saya, saya rindukan mereka sangat-sangat. Macam-macam yang kami bualkan…terutama pasal kehidupan universiti yang dilalui kini dan perancangan masa hadapan. Ukhuwah fillan abadan abada:D Syuhada dan Nizar dah berjaya dapat biasiswa (jpa ke mara ya?) untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan dan itu dah memang cita-cita mereka (dan juga merupakan cita-cita saya juga suatu ketika dahulu…namun masih belum tercapai…tak kisahlah jadi doktor apapun, asal bergelar doktor-sama ada Doktor Perubatan atau Doktor Falsafah). Tak salah andai punya cita-cita tinggi bukan? Syaamil pula sambung belajar sebagai ‘med...