tuntut ilmu hingga ke liang lahad
بسم الله الرحمن الرحيم Malam yang pekat. Tetapi di ruang tamu malam tidaklah sepekat malam di luar rumah. Hal ini kerana lampu kalimantan terang benderang terpasang. Aku menghadap manual PAD190 (Prinsip-prinsip Pentadbiran Awam) di meja makan sambil ditemani abah yang lena tidur di atas tikar buluh beralaskan sebuah bantal, mama yang leka menonton drama kegemarannya dan dua orang adik lelaki yang baru sahaja lepas membaca buku *kononnya* yang kini sibuk parking sama di hadapan tv. Aku tak jeles pun dengan golongan2 yang sedang goyang kaki ini, sebab aku punya vision baru dalam hidup iaitu khatam buku PAD, akaun dan CTU untuk Semester 2! Aku tak pasti sama ada ini kemahiran atau bakat baru yang muncul dalam diri aku *cheh cheh* tetapi aku berjaya mendapatkan buku-buku untuk semester seterusnya daripada senior-seniorku yang murah hati lagi bijaksana. Kali ini mesti pecah rekod dunia punya! *Buku tengok dia, tido dah rupanya. Baru 2 minit studi…* hehe -.-‘ Halaman pertama diselak, ...