The Pencil
بسم الله الرحمن الرحيم *Satu dedikasi, penghargaan, ampun maaf dan terima kasih khusus buat Sir Farid, para pensyarah dan pendidik yang pernah mengajar kami. Alangkah sayunya petang ini Bagaikan kami tidak akan bersua lagi Menitis air mata ini Tatkala mendengar ‘presentation’ terakhir Pensyarah kami. Ramai temanku mendongak ke siling Berharap agar duka mereka tidak tumpah Pada hari perpisahan ini Kerana mereka tahu bertemu dan berpisah itu, Biarlah kerana Allah. Setiap patah pesan pensyarah di hadapan Kami dengar dan sebenarnya, Sungguh, kami terinspirasi oleh kata-kata beliau Sebagaimana hari-hari sebelum ini yang kami lalui bersamanya Kami terkesan dengan kisah-kisah berunsur Islamik dan realiti kehidupan darinya. Sebatang pensel di tangan kami renung dan kami rasakan, inilah hadiah paling berharga mengalahkan Amir Khan menerima pen dari Profesor Virussahastrabuti begitulah hebatnya penangan sebatang pensel bagi kami. Dari kilau kaca mat...