Jangan Putus Asa...
Malam itu, malam yang sangat sejuk. Hujan turun mencurah-curah dan kakak masih ingat air sungai mula naik dari paras biasa sehingga halaman rumah kita dinaiki air. Melihat wajah abang yang gembira ketika dapat menangkap seekor ikan haruan yang terdampar di atas pasir selepas hanyut dibawa arus air meriuhkan suasana. Kakak dah baca surat itu, surat itu menyatakan agar kakak tidak menyusahkan ibu dan ayah lagi. Kakak rasa sedih, sebab kakak tak mahu jadi beban pada keluarga tetapi dalam masa yang sama kakak cuba melawan sesuatu yang telah Tuhan takdirkan hadir dalam hidup kakak. Maafkan kakak. Sebenarnya, hari tu kakak dah tahu esok dugaan yang mendatang lebih hebat sebab nasib kakak bukan macam orang lain. Kadang-kadang sedih juga bila terpaksa berhadapan dengan pertanyaan ramai orang. Apa perkembangan terkini diri ini dalam pendidikan. Jujur sahaja, teman-teman dirasakan mula menjauhkan diri. Jarang ada yang mahu menegur dan berkongsi berita bahagia. Nasib baik, ayah d...