Shoot both - The Moon & The Star
Gambar Pusat Islam masa hari senja. Time ni lepas TEST pad. Betul-betul rasa macam sedang hadapi Final test. Sebenarnya Pengenalan kepada Sains Politik ni favourite subject aku sebab aku selalu score high mark utk subjek ni. Kebanyakan soalan yang aku jawab hari tu memang dapat aku jawab dengan baik sebab malam sebelum tu aku dah study notes dan buat soalan-soalan yang Madam Farizah Johari bagi. Ada political science, theory of separation of power, unitary government, how to obtain authority, democracy, Characteristics of Presidential government dan de jure sovereignty. Baru aku tahu yang Britain dan Japan amalkan konsep unitary government. Serius, subjek ni best, FYI YDPA kita sekarang ni pun pernah further study dalam Public Admin, tau. Rasa macam hidung ni nak kembang kempis pula....
|
muka budak-budak innocent pegi majlis jumpa PM di smk Hamzah.
Event ni lepas Raya hari tu.Ada makan-makan dan dapat tengok Dato' Seri Najib Tun Razak. He's so fair.
Slogan yang aku ingat masa tu, "Gelombang...merah!" Ish. Aku rasa slogan yang patut ialah "Merahnya Mak Ngah!"
Mulai saat tu, aku faham macam mana a popular person boleh raih undi. Because he fulfills the need of rakyat. The largest party- the representative of the party will appoint as PM. Semoga negara kami sentiasa aman bersama pemimpin yang adil memerintah.
"Salah satu doa yang tidak akan ditolak ialah doa pemimpin sesebuah negara yang bersikap adil."
|
Gambar ni masa study week. Tengah study Prinsip2 asas Islam. Aku baru khatam bab 1. Semua gara-gara aku tengok filem dalam laptop sambil buat latihan CTU. Study week ni semua senior aku balik rumah. Macam cuti pula. Bila aku maklum kat mama yang aku nak balik rumah, mama cakap aku better stay kat kolej sebab kat rumah aku takkan study. Apa nak buat. Dah nasib aku, melukut di tepi gantang, heheh =.= Alih-alih lepas aku pujuk mama, mama bagi aku balik Khamis ni. Lagipun kat kolej ni hampir separuh penghuninya balik rumah. Tak adil kalau aku duduk dalam bilik sorang-sorang. Tak selamat. Nasib baik Dayah, Mimi dan sewaktu dengannya ada. Boleh juga aku tumpang merempat di bilik mereka. Sedih~ Bila nak habis Final Exam ni. Kalian doakan aku dan kawan-kawan, yea! Biar dapat Dean's List. Amboi, nak shoot for the moon lah katakan...
|
Nampak aku tengah study ni....
Jangan kacau. Tak dapat A+ ctu ni aku pun tak tau nak cakap apa dah.
Oye, setakat ni aku dah buat exit survey untuk math, dah study math ckit, dah study Bel sikit, Ctu pun dah baca, Pad pun. Cuma mgt ngan CSC aku tak sentuh lagi. Ya Rahim, kurniakanlah aku kesungguhan untuk baca balik apa yang aku belajar...Jangan biar aku dan kawan-kawan lalai ya Allah. Aminnn. Hhhmm...
|
Comments
Post a Comment