Kebaikan Bersangka Baik
بسم الله الرحمن الرحيم Dipetik dari: Ruangan Hasanah, Majalah Anis Kelolaan: Zakaria Sungib Sebahagian daripada kita pernah menonton video dokumentari The Secret atau membaca bukunya. Dalam video itu dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kanser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doctor mengesahkan kansernya pulih. Dalam video itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (menyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan menyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu. Saya sangat terkesan dengan apa yang dipaparkan dalam video The Secret i...