Posts

Berputus asa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Setiap manusia hanya memiliki satu umur. Jika dia mensia-siakannya maka dia rugi segalanya. Rugi dunia dan rugi akhirat. Bila anda berbuat dosa kerana dikalahkan syaitan dan hawa nafsu, jangan berputus asa! Hal ini disebabkan kurnia Allah selalu diberikan, dan nikmat Allah sentiasa dianugerahkan pada pagi dan petang hari. Allah s.w.t berfirman dalam hadis Qudsi: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah  lalu dan A ku tidak peduli . Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan dari-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli . Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepada-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan satu apa pun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut ." Doa untuk hari ini, es...

Resepi mudah: Sotong masak Kicap

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Anda percaya mitos yang dikatakan Black bahawa makan kicap dapat menggelapkan kulit? YA, aku juga peminat penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti itu tetapi aku TIDAK mempercayai tip kecantikan yang beliau uar-uarkan dalam satu artikel kesihatan yang telah terpampang di dada akhbar tidak lama dahulu. Sebaliknya, aku suka makan lauk masak kicap dan hari ini aku nak berkongsi satu resepi mudah yang telah diajar oleh mamaku yang terchenta~~~ kepada anak-anak dara yang sedang bercuti akhir semester di luar sana, jangan asyik mencekik je kerjanya, sama-samalah kita memajukan diri dalam bidang masak memasak. Oh ya, buat En.Black, selamat maju jaya:)) hihi Sotong masak kicap Bahan-bahan: -Sotong besar(6 ekor) amboi panjangnya sesungut2 sotong ni, kena radioaktif ke hape?? -Bawang merah (2 biji) -Bawang putih (2 ulas bukan 2 labu ) -Bawang besar (separuh) -Halia (potong sikit je, mama cakap halia ni hanya untuk hilangkan bau hanyir sotong t...

Beban hidup?

Image
بسم الله الرحمن الرحيم “Aku rasa, Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh,” Dialog Maria kepada Fahri dalam filem Ayat-ayat Cinta menerjah ruang fikiran aku tapi ironinya, aku baru sahaja menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2 bersama adikku. Televisyen di rumah rosak. Insya Allah ada hikmah, bukankah menonton televisyen secara berlebihan itu tidak elok? Sinarannya sahaja sudah boleh merosakkan minda, apatah lagi intisari rancangan kebanyakkannya yang penuh nuansa kebaratan. Sejujurnya tika cuti ini aku hanya mahu meluang waktu bersama ahli keluargaku yang lain mendekati Allah SWT melalui ibadah dan bacaan, kerana itu aku telah membeli beberapa buah buku yang penulisannya berkisar kisah-kisah Islamik dan pelaksanaan ibadah wajib dengan betul.   Namun, harus juga kuakui aku agak terleka dengan nikmat waktu lapang kurniaan-Nya, aku lebih banyak mempedulikan kisah-kisahku di dunia. Hatiku rasa sepi tanpa ingatan rindu-Ku pada Allah. Situasinya sedikit berbeza berbanding keadaan d...

Tenang

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Rumah bergeretak bunyi papan Tatkala dipijak Namun tiada pernah dia berasa kekurangan Harta dunia hanya pinjaman Sayup-sayup kicauan burung dari rimbunan pohon buluh Tenang dan damai membelai jiwa Membawa pergi masalah bersama bayu yang lalu Membawa pergi rasa sibuk yang bertamu Membawa pergi rintihan dan sendu Menghambat rasa sedih pergi jauh dari dirinya Pohon-pohon Yang menghijau di tepi rumah Hijau pohon senang mata dia memandang Hijau daun jadikan hidup dia tenang Hidup bahagia lebih bahagia dari mereka yang hartanya bertimbun tiada sinar berkat yang ada hanya tamak haloba dan sifat penting diri menafikan diri sebagai hamba Khalik Kaya kalian kaya sementara Jangan kaget bila waktu akhir tiba pakaian semua umat manusia sama hanya kain putih dan harta tiada dibawa bersama apa yang tinggal hanya iman dan amal Dia sebolehnya tidak mahu merintih hidup hanya sekejap pejam celik waktunya berakhir ...

Cuti Produktif

Image
بسم الله الرحمن الرحيم hai.hai.hai.hai. Long time no see. Today is not raining and I'm sorry, for Malay readers, blog walkers or whatsoever...Today I want to write my blog post in English since I had wrote so much 'short-stories' in Malay Language. What is the point of writing in English? Gosh? Don't you know? Don't you care? I mean, don't you care about your English level? Don't you have heart to improve it? Enhance it? Oh so many questions. Actually that is my biggest point. I WANT TO IMPROVE my English . Besides, we can say it is a world's language. How can we communicate with other races (out of Malaysia) without learning this language? I AM NOT SO SUPERB in English, besides, I am moderate . However I had tried many times writing in English. I began with a simple sentence in English then picture captions, diary, essay and right now, blogging. Sometimes, I felt down because there were some people who like to underestimate or  made fun of ...

Autentik

بسم الله الرحمن الرحيم Kuntum rindu pada kasih-Mu Allah Pasrah mengharap hidayah itu jadi milik aku Saat kurindu tiup bayu malam  sentiasa temani aku bersama cucur tangis rindukan Khalik Semesta alam turut bertasbih Masih adakah pengampunan-Mu Allah terhadap titik hitam yang sekian lama terlukis dalam hati aku tidak pasti bila waktuku berakhir hanya tinggal harapan hatiku bersih tiada lagi noda dan nuansa hitam mendekati ... Siapa sahabat ikhlas menemani perjalanan ini tanpa hasad... Entah. Aku tidak pernah menyangka hal seperti ini akan berlaku atas diriku, sungguh. Apa yang diajar kepadaku ialah setiap hari gambaran kejayaanku megah. Dipupuk lembut bayu malam bersama tilam dan gebar yang menyelubungi tubuh. Mata kian berat bersama imaginasi kejayaan yang dikatakan punya kekuatan untuk membawa aku ke hadapan. Dalam mimpi tubuh ini ditiup bayu pantai, hari makin senja. Kesan telapak kaki membekas di tiap belakang perjalanan aku menuju ke hadapan. Lihat, itu t...

Selipar Jepun

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Tajuk di atas tak ada berkait sangat, just aku nak tergelak tengok buletin cinta semalam. Pakai selipar jepun harga tak sampai berbelas ringgit tu pun kekasih yang tolong sarungkan. Nasib baik i tak tergolek-golek ketawa semalam. Ketawa pun sebolehnya control, lagi baik kalau tak nampak gigi geraham langsung=) Hhhmm, sebenarnya aku tak umumkan lagi yang aku sekarang ni tengah cuti Semester 2 *bunga api pow pow pow...* amboi, bahagia je budak2 uitm kan..sekarang ni holiday. Tapi aku tak adalah holiday sangat, tinggal di rumah je. Tak macam Dolphin Sweety, ke Langkawi bersama keluarga pada 15 April lagi. Beli banyak-banyak cokelat ya. Next sem buka kedai, ha ha:)   Planning aku untuk cuti ni banyak sebenarnya. Cuma aku tak dapat nak realisasikannya atas banyak sebab. Korang guess, sebab apa? Ha ha. tinggalkan yang itu. Semalam aku guna photoscape untuk buat animated gift.  try tengok hasilnya. Tadaa, di atas adalah gambar kucing-kucing yang turu...