Berputus asa

بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap manusia hanya memiliki satu umur. Jika dia mensia-siakannya maka dia rugi segalanya. Rugi dunia dan rugi akhirat. Bila anda berbuat dosa kerana dikalahkan syaitan dan hawa nafsu, jangan berputus asa! Hal ini disebabkan kurnia Allah selalu diberikan, dan nikmat Allah sentiasa dianugerahkan pada pagi dan petang hari.

Allah s.w.t berfirman dalam hadis Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah  lalu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan dari-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepada-Ku dengan tidak menyekutukan Aku dengan satu apa pun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."

Doa untuk hari ini, esok dan selama nafas masih berhembus...


Bismillahhirrahmanirrahim...

Ya Allah, Tuhan Yang Menciptakan cinta,
Tuhan Yang Menciptakan rindu,
Jadikanlah cinta dan rindu kami hanya untuk-Mu
Ya Allah, lembutkanlah hati kami untuk terus taat pada-Mu seperti lembutnya besi yang dilentur Nabi Daud a.s, tundukkanlah hati kami pada-Mu, sebagaimana tunduknya laut pada Nabi Musa a.s, kurniakanlah kekayaan kepada kami sebagaimana Engkau kurniakan kekayaan kepada Nabi Sulaiman a.s dan sembuhkanlah segala penyakit kami sebagaimana engkau sembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. Amiin Ya Rabbal Alamin.


Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July