Autentik
بسم الله الرحمن الرحيم
Kuntum rindu pada kasih-Mu Allah
Pasrah mengharap hidayah itu jadi milik aku
Saat kurindu tiup bayu malam
sentiasa temani aku
bersama cucur tangis rindukan Khalik
Semesta alam turut bertasbih
Masih adakah pengampunan-Mu Allah
terhadap titik hitam yang sekian lama
terlukis dalam hati aku
tidak pasti bila waktuku berakhir
hanya tinggal harapan hatiku bersih
tiada lagi noda dan nuansa hitam
mendekati ...
Siapa sahabat ikhlas menemani perjalanan ini
tanpa hasad...
Entah.
Aku tidak pernah menyangka hal seperti ini akan berlaku atas diriku, sungguh. Apa yang diajar kepadaku ialah setiap hari gambaran kejayaanku megah. Dipupuk lembut bayu malam bersama tilam dan gebar yang menyelubungi tubuh. Mata kian berat bersama imaginasi kejayaan yang dikatakan punya kekuatan untuk membawa aku ke hadapan. Dalam mimpi tubuh ini ditiup bayu pantai, hari makin senja. Kesan telapak kaki membekas di tiap belakang perjalanan aku menuju ke hadapan. Lihat, itu tapak kaki yang membekas sebagai sejarah, jika ada kesilapan lihat kembali ke sana.
Jatuh bangun cerita hidup aku begitu....
Camar berterbangan riang, kicauan mereka merupakan zikir ingatan mereka pada Tuhan. Justeru mereka lebih mulia dari aku dan manusia lainnya yang leka menghambat kekayaan dunia. Rakus, lupa akan Tuhan yang menciptakan. Aku menapak lagi ke hadapan. Hujung langit mula merah. Namun masih ada kanak-kanak yang bermain di tepian pantai. Mereka mengelilingi seorang rakan mereka yang ditutup mata. Melihat aku yang menghampiri, seorang dari mereka memuji aku. “Mata kakak sangat cantik,” pipiku dicubitnya tatkala aku tunduk tersenyum mahu menyapa gadis kecil itu kembali. Aku kaget sekali. Gadis kecil itu berlari-lari anak pulang ke rumah. sandal kaki yang tersarung di kedua telapak kaki kutanggalkan. Biar jelas kesan kakiku pernah menapak di pantai ini.
Pintu pagar rumah yang megah berdiri itu kutolak. Hijaunya pokok mengelilingi rumah ini. Nama terukir indah di hadapan, berwarna emas. Harta ini bukan hartaku. Sesuatu yang telah lama menjadi idaman aku namun Tuhan menyayangiku lantas hati ini dibimbing. Ilmu itu harta yang kekal. Aku menyentuh tombol pintu banglo yang tersegam indah, bercat putih mutiara. Pintu itu tidak berkunci. Salam kuberikan. Pintu dibuka, ternyata di dalamnya lebih indah dari yang kujangka. Aku menaiki anak-anak tangga ke atas. Lupa untuk kira berapa anak tangga yang ada. Tuhan, terima kasih buat kurnia nikmat ini. Pintu bilik yang diperbuat dari kayu Chengal itu kukuak perlahan. Tiada insan yang membaca di dalam seperti selalunya. Rak-rak buku itu ternyata penuh dengan pelbagai genre, terutama yang berkaitan dengan sastera, politik dan agama. Aku tersenyum melihat satu sudut. Sudut itu bagaikan menebarkan aura bahagia buat keluarga ini.
Gambar tergantung megah di dinding bilik. Gambar gadis dan keluarga. Gadis itu anggun memakai jubah berwarna biru gelap bersama segulung ijazah di tangannya. Tidak dapat diselindungkan di sebalik wajahnya yang tenang penuh syukur atas limpahan kasih rahmat Tuhan dia bahagia dengan kejayaan yang pernah dikatakan tiada pernah jadi hak mutlaknya dia. Wajah ayah dan ibunya tersenyum penuh bangga serta bersama adik-adik yang turut bergembira atas kejayaan kakak mereka. Adik, sekarang kalian boleh jadikan aku sebagai contoh. Tiada halangan buat aku menasihati kalian. Kejari ilmu bermanfaat dan engkau akan tahu bahawa ilmu itu jaminan bahagia kamu duniawi ukhrawi.
Aku menghampiri meja tulis. Terhenyak kerusi kulit saat tubuhku duduk di atasnya. Ternyata sudah banyak tesis yang telah selesai tersusun di situ. Pen Alfio Raldo kupegang. Hadiah ibu dan ayahnya atas kejayaan semalam. Bunyi mesej dari telefon pintar sedikit mengejutkan aku dari lamunan.
“Tahniah atas kejayaan kamu menamatkan pengajian peringkat tertinggi. Semoga Allah memberkati,”
Allah, terima kasih:) (ALHAMDULLILAH)

Comments
Post a Comment