Beban hidup?
بسم الله الرحمن الرحيم
“Aku rasa, Sungai Nil dan Mesir, itu jodoh,”
Dialog Maria kepada Fahri dalam filem Ayat-ayat Cinta menerjah ruang fikiran aku tapi ironinya, aku baru sahaja menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2 bersama adikku. Televisyen di rumah rosak. Insya Allah ada hikmah, bukankah menonton televisyen secara berlebihan itu tidak elok? Sinarannya sahaja sudah boleh merosakkan minda, apatah lagi intisari rancangan kebanyakkannya yang penuh nuansa kebaratan. Sejujurnya tika cuti ini aku hanya mahu meluang waktu bersama ahli keluargaku yang lain mendekati Allah SWT melalui ibadah dan bacaan, kerana itu aku telah membeli beberapa buah buku yang penulisannya berkisar kisah-kisah Islamik dan pelaksanaan ibadah wajib dengan betul.
Namun, harus juga kuakui aku agak terleka dengan nikmat waktu lapang kurniaan-Nya, aku lebih banyak mempedulikan kisah-kisahku di dunia. Hatiku rasa sepi tanpa ingatan rindu-Ku pada Allah. Situasinya sedikit berbeza berbanding keadaan di universitI. Ketika menuntut ilmu, hatiku tenang, ingatanku hanya pada Dia (walau bukan seratus peratus, ya tapi syukurlah). Benarlah ilmu itu cahaya hidayah, berada dalam majlis ilmu walau sekadar menjadi pendengar sahaja memungkinkan kita beroleh hidayah. Subhanallah. Adakah ini kerana aku riak atau takbur dengan amalanku? Nauzubillah, minta dijauhkan. Siapa aku untuk mengukur tahap iman dalam diri. Sungguh, hal ini paling aku takuti- “Ketahuilah, bila orang baik sudah menyangka dirinyalah yang paling baik dan soleh, maka sebenarnya dia orang yang paling jahat di dunia,”
Beberapa hari ini fikiranku runsing, memikirkan keputusan yang bakal aku terima. Keputusan peperiksaan akhir semester 2. Aku sendiri sudah berusaha sedaya upayaku mengulangkaji dan membaca di sebalik kesibukan aku bergelar mahasiswi dan ahli aktif salah sebuah persatuan di universiti. Semester kedua terasa berlalu pantas sekali dan banyak juga dugaannya. Peristiwa gembira, sedih dan pahit berlaku silih ganti. Bak kata pepatah, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga kesilapan yang lalu tiada berulang.
Ya Allah, bimbinglah hamba-hamba-Mu ini ke jalan yang lurus. Jangan Engkau bolak balikkan hati kami setelah hati kami terpaut pada-Mu Ya Allah. Kalian tahu, aku peminat setia penulis terkenal, Pahrol Mohd. Juoi, merangkap kolumnis di majalah Solusi. Penulisannya bersahaja, ringan namun sarat pengajaran. Ketika fikiran aku terus berserabut dengan hal-hal yang bakal berlaku di masa hadapan, jangkaanku dan harapanku pada diriku sendiri, tangan ini mencapai sebuah buku tulisan beliau yang bertajuk Di Mana Dia di Hatiku. Buku ini aku beli sejak awal semester dan ini sebenarnya merupakan buku pertama bercorak Islamik yang aku beli.
Sebelum ini aku rasa diriku belum matang, masih mencari-cari makna keseronakan yang fana lantas novel-novel cinta jadi pilihan. Walaupun buku yang sudah kemas berbalut plastik ini sudah lama dibeli, aku masih belum dapat menghabiskan bacaanku, walhal jika dibandingkan dengan novel-novel cinta karya Cecelia Ahern itu buku ini jauh lebih nipis dan penulisannya dalam bahasa ibunda.
Aku duduk berhampiran kipas meja, dek hawa panas rumah yang menyengat. Halaman yang bertanda kuselak.
“Tidak ada gunanya berangan-angan. Angan-angan tentang kebaikan akan menyebabkan seseorang itu alpa. Angan-angan tentang keburukan akan menyebabkan seseorang itu kecewa. Manusia angan-angan tidak akan dapat merancang, bekerja dan berusaha dengan baik.
Sebaliknya, hiduplah dalam lingkungan hari ini kerana cara yang paling tepat untuk hari esok ialah dengan menumpukan perhatian dan bekerja dengan sepenuhnya pada hari ini. Pemikiran dapat mencari kesan dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan.
Seorang pakar psikologi, Robert Louis Stevenson berkata, “Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana beratpun untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, dan bersih, sehingga matahari jatuh. Dan inilah sebenarnya makna kehidupan,”
Masih tergambar tulisan dan peringatan beliau di fikiranku. Para sahabat Nabi s.a.w hidup tenang, mereka melalui hidup mereka tanpa berasa terpaksa dan tertanya-tanya apa yang bakal berlaku pada mereka esok hari. Betul juga kata beliau, jika seseorang dibebani tiga perkara pada satu-satu masa iaitu masa lalu yang pahit, masa sekarang yang belum selesai kerjaannya dan masa hadapan yang belum pasti, seseorang itu boleh jadi gila! Nauzubillah.
Oleh itu, hiduplah dalam lingkungan hari ini. Setiap detik hidup kita cuba kita ingat pada Allah SWT selalu, nah, ini juga pesan buat aku yang terlalu alpa. Suka sekali juga untuk aku kongsi kata-kata mutiara beliau ini, “When God is your friend, who is your enemy?” Bila Allah menjadi tempat kita bergantung, siapa sahaja musuh kita atau apa sahaja yang berlaku pada kita boleh diatasi. Insya Allah=)
Selepas membaca buku itu hati aku lega. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Memahami. Bila aku buntu Engkau hadirkan ilham dan penyelesaian pada kebuntuanku. Ya Allah, aku telah berusaha bersungguh-sungguh, malahan sedaya upayaku maka aku bertawakkal pada-Mu Ya Allah. Aku percaya setiap sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup aku ada hikmah yang aku langsung tidak tahu. Oh ya, terima kasih juga pada blog oh hujan! Aku tertarik dengan tulisan gadis hujan dalam blognya,
“Allah tidak melihat pada keputusan peperiksaan kita. Allah Melihat pada usaha yang kita lakukan,”
Tulisan ini juga buat aku berfikir, selama ini kita (kebanyakan dari kita, setuju?) hanya belajar dengan harapan orang lain akan memandang kita tinggi, kita ini bijak, kita ini pandai, cerdas dan bermacam lagi pujian menggunung. Tengok sahaja, suatu hari nanti walaupun kita berjaya hati kita bakal jadi tidak tenang, kerana kita menuntut ilmu bukan kerana Allah. Walhal sepatutnya dalam sikap dahagakan ilmu yang bermanfaat itu kita seharusnya memastikan niat kita untuk belajar kerana Allah itu tiada terpesong. Pada pendapat aku, tidak salah kita mengejar kejayaan, kekayaan dan lainnya dengan ilmu asalkan hal-hal itu tidak menjadi asbab utama kita menuntut ilmu. Bukankah indah, jika segala aktiviti hidup kita diniatkan khusus kerana Allah?
Diriku sendiri masih punya kekurangan, namun aku tidak mahu apa yang aku baca dan hadamkan dalam fikiran ini menjadi kebaikan buat aku seorang, lantas aku berbagi dengan kalian. Semoga Allah memelihara aku dari pembacaan, percakapan dan penulisan yang sia-sia. Sehingga berjumpa lagi di post akan datang, wassalam:)

Comments
Post a Comment