not related to Lorde
بسم الله الرحمن الرحيم
Minyak sudah panas di dalam kuali, buktinya senduk kayu yang aku letakkan ke dalam kuali tersebut mula mengeluarkan buih buih kecil. Petua ingin mengetahui sama ada minyak sudah cukup panas atau tidak oleh seorang chef selebriti.bezanya petua itu terwujud ketika chef itu menunjukkan cara-cara hendak membuat bebola daging pedas bercoklat, bukan resepi mudah ini. Aku tidak dapat membayangkan rasa gabungan daging dan coklat sebab aku tak pernah makan masakan macam tu.
Senduk besi dalam bekas plastik itu mula dicedok ke dalam adunan jemput-jemput ikan bilis yang telah tersedia.Dalam drama Melayu yang aku tonton dalam tv3 semalam, jemput-jemput dalam sari kata bahasa Inggeris yang tertera di bawah ialah ‘dumplings’.Manakala dalam siri rancangan Korea WGM (We Got Married) dumplings tu macam kulit popia berisi hirisan daging dan sayur campur yang dikukus.Buih-buih kecil di dalam minyak jadi semakin banyak.
Aku hanya ingin makan jemput-jemput pagi ini. Bukan tak berselera tengok ayam goreng dengan sayur kicap yang mak aku buat, tapi sebab ada cili sos. Cili sos? Ya, cili sos yang aku dengan mak aku beli semalam di pasar raya. Pastinya kerangupan jemput-jemput ikan bilis yang berwarna keperangan itu akan mengundang selera makanku di pagi yang indah ini. Chee wah.Kemudian nasi putih dengan lauk pauk bawah saji tu bakal jadi makanan tengah hari nanti.Tinggal kena panaskan sahaja. Kalau bukan sebab adik-adik aku yang bakal pulang dari sekolah tu akan merungut sebab makan lauk pauk yang sudah sejuk, aku takkan panaskan lauk pauk tu. Makan sahajalah.Hal ini membuktikan bahawa aku jenis yang simple.Lebih tepat lagi pemalas.
Alahai mak aku ni penyabar dan rajin orangnya. Mana taknya, bangun awal pagi semata –mata nak memasak untuk aku yang tengah menghadapi cuti semester dan adik-adik aku yang akan ke sekolah.
Setelah siap di toskan, aku mengambil pinggan yang siap di alas dengan kertas pembungkus nasi yang berguna untuk menyerap minyak yang ada.
Aku membuka pembalut plastik yang membaluti penutup sos cili. Botol sos itu diterbalikkan ke bawah, sos cili meluncur jatuh ke dalam mangkuk berwarna jingga yang telah tersedia. Aku menaiki anak-anak tangga ke ruang tamu dengan jemput-jemput yang memenuhi pinggan beserta mangkuk oren berisi sos di atasnya serta segelas besar teh ais. Lebih tepat lagi air teh yang dibancuh semalam yang tidak habis diminum disimpan di dalam peti sejuk. Ada bakat juga aku ni kalau nak jadi waitress di kedai Mamak. Boleh bawa banyak pesanan dalam satu-satu masa.
Televisyen dari tadi sedia terpasang.Aku tidak ada niat jahat untuk sengaja menambahkan bil eletrik di rumah ini, tapi aku sunyi di rumah. Terutamanya bila tiba cuti semester seperti ini.jadi salah satu cara untuk buat aku rasa macam aku tidak keseorangan di rumah ini ialah dengan cara membiarkan televisyen plasma Samsung itu terpasang di ruang tamu, walaupun tidak ada seorang insan pun di situ yang ingin menonton rancangan nasi lemak kopi o yang mana pengacaranya sedang berceloteh mengenai inovasi roti boom yang berinti.
Aku membaca bismillah, membuka mulut dan terus tangan ini menyuapkan jemput-jemput yang dicicah dengan sos cili life. Mataku tertancap pada businessman yang sibuk mempromosi roti boomnya sementara salah seorang pengacara lelaki di dalam rancangan sibuk mengunyah produk makanan yang ada di atas meja itu untuk dimakan.
Kalau di rumah ibu saudaraku di tendong, pasti ada dua sos cili berbeza jenama dalam rak di dapurnya. Che su dengan ayah su yang sudah berkahwin hampir lima tahun dan sudah punya dua orang anak perempuan comel yang nakal itu sememangnya mempunyai cita rasa berbeza. Termasuk dalam hal pemilihan sos cili di dalam rumah, satu botol sos cili life dan satu botol sos cili Kimball. Mungkin kerana perbezaan itulah mereka bersatu dan saling melengkapi. Walaupun sebenarnya aku pun tak faham apa perbezaan rasa dua sos cili itu. Semua sos cili rasa pedas kan?
Sewaktu menikmati jemput-jemput tersebut, fikiran aku menerawang.Namun dalam keadaan separuh mengelamun itu tanganku yang sedikit berminyak aku lapkan pada kain sarung mak yang dipakaiku lantas aku mencapai alat kawalan jauh televisyen.Pejam celik pejam celik, cuti semesterku selama dua bulan ini telah berbaki tiga minggu sahaja lagi.Cuti semester ini menjengkelkan sedikit.Tidak, aku bukan mahasiswa yang menentang tempoh cuti akhir semester yang agak lama. Bagiku, cuti hanya akan bermakna apabila ahli keluarga anda berada di rumah.
Bertukar-tukar siaran televisyen.Pada waktu pagi begini tidak banyak rancangan menarik.Aku hanya berhenti menekan-nekan nombor-nombor pada alat kawalan jauh jenama Samsung itu setelah terlihat iklan rancangan Mahligai Cinta.Aku bukanlah peminat setia rancangan berkonsep majlis perkahwinan yang tidak menelan belanja sedikit melainkan puluhan atau ratusan ribu, tapi majlis perkahwinan Mak Mah, pelakon yang agak veteran itu menarik perhatianku. Ya, walaupun di usia emas andai itu jodoh yang telah tertulis di Luh Mahfuz, maka bersatu juga. Aku kunyah lambat-lambat jemput-jemput itu.
Aku bosan sebenarnya berada di rumah ini kerana tiada teman untuk diusik atau diajak berbual. Bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 3.00petang, rumah ini akan sunyi. Tingkap-tingkap rumah pun aku buka jarang-jarang. Bukan apa, aku malas nak meraikan kehadiran salesman atau saleswoman yang cukup pandai bermadah kata agar aku membeli periuk belanga atau apa sahajalah produk yang mereka jual. Kalau aku ni dah kerja tak apalah, tak adalah rugi pula air liur mereka nak memujuk rayu aku, kan? Sekurang-kurangnya aku ada wang nak bayar sekiranya berkenan dengan salah satu periuk yang dijual. Hal itu merupakan sebab konkrit yang pertama.
Kedua, keadaan sekarang yang banyak berlaku hal jenayah mebuatkan aku lebih berhati-hati. Tidak mungkin aku membuka pintu tingkap yang tidak punya grill ini luas-luas macam rumah terbuka sedangkan aku sendirian di rumah. Bahaya.
Ketiga, aku ada sindrom posmen.Aku bukan tak ada keyakinan diri nak bersua muka dengan pak cik posmen yang tak berapa nak hensem itu.Aku cuma malas nak tunjuk muka yang mempunyai simpton jerawat dan berminyak sederhana kritikal ini pada pak cik posmen di waktu matahari masih membahang.Tapi pakcik posmen pula macam tahu-tahu sahaja aku ada dalam rumah wal hal pintu pagar berkunci dan tingkap pun tertutup rapat macam rumah tinggal.Lebih-lebih pula.Sengaja ditekan-tekan bunyi hon motosikal banyak kali agar aku keluar dari rumah untuk menandatangani bungkusan-bungkusan yang dihantar. Ha, ini Ayah Zu punya kerja. Dia mempunyai online shop yang menjual cincin dan cenderamata.Jadi, setiap kali dia memesan stok-stok baru cincinnya untuk dijual, maka rumah ayah aku inilah yang menjadi tempat singgah posmen.
Eh, eh apa aku melalut ni?
Telefon bimbit Nokia yang tidak punya kamera dan perakam suara itu berdering tiba-tiba. Aku malas nak tukar ring tone, biarlah bunyinya berdering ala ala telefon zaman batu. Tertera nama Sharz di atas skrin telefon.
“Wei?” aku menjawab telefon dengan nada gurauan. Saja, nak mempermainkan si Sharz ni.
“Eh, ni bukan nombor Kak Ya ke? Ala, Kak Ya janganlah main-main.Sharz ni,” nada suara Sharz semacam geram.Hairan aku.Apa hal budak Melaka merangkap rakan satu group di UiTM ni call aku pagi ni?
“Yalah, Assalamualaikum. Ye Sharz, apa halnya call Kak Ya?”tanyaku kembali. Jari jemariku yang berminyak aku lapkan pada kain sarung yang dipakai.Sekali lagi.Pemalas betul.
“Waalaikummussalam.Ni, Kak Ya. Sharz nak tanya fasal result PAD310 Kak Ya. Dapat berapa?”
Aku terlopong mendengar soalan rakanku ini. Oh, memang keputusan peperiksaan keluar hari ini. Tapi aku pun tidak tahu mengapa aku boleh berada dalam keadaan tenang begini sambil makan jemput-jemput ikan bilis yang tidak berapa garing sebab malas nak masak lama-lama.
“Kak Ya nak check tadi, tapi tiba-tiba naik yuran kolej tak bayar lagi. Jadi result tu tak boleh checklah,” aku menjelaskan.
Haish budak ni membangkitkan kembali isu result Final Examination semester keempat aku. Hal ini yang merunsingkan aku dari pukul 5.00 pagi tadi.Bukan sahaja cuak menunggu result, tapi perasaan cuak aku bertambah dengan e-mail yang penuh dalam inbox tapi tiada satu pun e-mail dari UiTM. Biasanya bila aku dah tahu keesokkan harinya keputusan Peperiksaan Akhir Semester akankeluar, aku akan mula bertapa di hadapan computer riba Lenovo milikku. Persoalan aku terjawab apabila Bil Pelajar kusemak.
La, ada bil yang tertangguh.
Yuran kolej: RM 20.00…………………………………………… STATUS: BELUM DIBAYAR
Terpampang jelas tulisan itu di dalam laman bahagian kewangan UiTM.Aku berdecit geram.Macam mana boleh ada bil tertunggak? Mesti aku lupa nak bayar awal-awal ni. Alahai kena bayar dekat ATM Bank Islam pula baharu boleh semak keputusan peperiksaan. Memang spoil!
“La, Kak Ya tak check lagi ke…Sharz nak tahu result Final Kak Ya,” luah gadis yang berusia setahun lebih muda dariku itu dengan nada sedikit kecewa.
“Sebenarnya walaupun tak bayar bil lagi result tetap boleh check la Kak Ya. Tapi, tak keluar dalam emel la.Kena tengok dalam i-student portal. Sharz pun tak bayar bil eletrik lagi, tapi boleh check je,” sambungnya lagi.
Aku terangguk-angguk.Manalah aku tahu keputusan peperiksaan akhir itu boleh diperiksa melalui i-student portal walaupun terdapat bil tertunggak. Biasanya, mahasiswa yang masih belum menjelaskan mana-mana bil seperti yuran kolej akan disekat daripada mengetahui keputusan peperiksaan, itu pengetahuan am aku.
Tanganku tergaru-garu dagu yang tidak gatal. Eh, rasa macam ada janggut pula. Waktu kecemasan macam ni pun aku masih boleh buat lawak. Slumber kan?
“Yalah, nanti Kak Ya check,” jawabku pendek.
Aku tidak mahu bertanya mengenai keputusan peperiksaannya.Biarlah dia bercerita sendiri. Lagipun Sharz pun tergolong dalam kalangan insan cemerlang, aktif berpersatuan pula tu. Aku juga pernah join sebuah persatuan, tetapi sebab pihak ‘atasan’ dalam persatuan itu menyuruh budak-budak baru seperti golongan sekreteriat (akulah tu) untuk menyiapkan sebuah proposal bagi setiap seorang semasa study week, aku terus ‘resign’. Proposal-proposal itu kononnya latihan bagi sekreteriat dan merupakan cadangan untuk program-program semester hadapan. Latihan bukan akademik ketika tempoh study week adalah satu perkara yang cukup ‘bijak’ untuk dilakukan bagi menjahanamkan potensi seseorang untuk mendapat Anugerah Dekan bagi semester itu.
Aku juga tidak mahu bertanya kenapa dia berminat benar untuk mengetahui keputusan peperiksaanku.Mungkin selepas ini. Selepas aku mengetahui keputusan peperiksaanku sendiri aku akan bertanya sebabnya kepada Sharz.Mungkin keputusannnya terlampau bagus sehingga dia perlu mencari seseorang untuk membangga diri atau…mungkin sebaliknya dan dia tidak berpuas hati sehingga mahu membuat semakan semula di bahagian Hal Ehwal Akademik.
“Nanti Kak Ya dah check result tu Kak Ya inform Sharz balik ya? Okay, bye,” mudah sahaja Sharz berpesan Bunyi macam arahan pun ada dalam nada suaranya.
“Okey.Assalamualaikum,” pintasku sebelum gadis itu meletakkan telefon.
Kedengaran tawanya dibuat-buat sebelum dia menjawab salamku.
“Ha, ha.Waalaikummussalam. Me love you kakak,” selorohnya.
Aku hanya menjawab pernyataan sayangnya dengan bunyi dengung.Aku tidak menunggu lama di hadapan televisyen. Jom bertindak sekarang! Kali ini tidak lagi menuju ke computer ribaku yang tersimpan rapi di dalam beg di satu sudut bilik, tetapi langkahku dipercepat ke arah PC di dalam bilik adikku yang keempat.
PC Lenovo itu kuhidupkan.Kelajuannya usah dinafikan lagi.Lebih cekap dan tuntas dari computer ribaku yang sudah berusia 2 tahun setengah.Sekejap sahaja broadband itu kusambungkan. Rezekilah ni, mudah saja aku membuka laman web i-student portal UiTM.
Aku menekan petak yang tertulis result examination. Menekan tetikus beberapa kali sebelum menunggu dengan hati yang berdebar. Rasa macam lama pula internet ni loading.
Wah! (AD) Dean List. Dekan! Alhamdullilah ini dah kali ketiga. Semoga Allah memberkati kejayaanku ini agar aku dapat berbakti buat orang lain pula. Aku pernah gagal, jatuh hanyut ke dasar yang paling dalam. Namun pada Allah aku bergantung harap dan Dia telah memberi aku peluang kedua.
Maka, bersabarlah hati hati yang pernah gagal =)

Comments
Post a Comment