Kusamkah hari-hariku kerana ujian?

بسم الله الرحمن الرحيم

KEEPSAKE GHOSTBIRD: kapsul masa aku sejak leps SPM:))



Meskipun hari-hari yang aku lalui ini kusam,
Kusam kerana kenangan semalam yang pahit 
serta belum pernah dapat aku tanggalkan
Daripada telapak kakiku yang sering meninggalkan kesan
Pada tiap episod hidup yang aku kunjungi

Mengingatkan aku bahwa suatu tika dulu
Aku juga pernah melalui detik hitam dalam hidup

Andai benar apa yang kalian katakan terhadap aku,
Maka aku jadikan itu satu sempadan buat aku
Agar tidak lagi berani menjengah
Ke daerah itu lagi
Namun andai yang kalian katakan itu salah
Aku berharap semoga pintu hidayah masih terbuka buat kalian
Mengerti dan memahami agar tidak mudah melempar nista
Tatkala ada hamba-Nya yang terpalit musibah

Bertepuk tangan melihat aku rebah
Bukan sesuatu yang mudah aku lupakan
Setiap detik tangan kalian bercantum bertepuk
Semangat aku pendam
Menanti saat baik buat aku luahkan segalanya
Bersama kejayaan yang tidak pernah menjadi milik mutlak aku

Aku hanya insan kerdil tanpa Dia Yang Maha Esa
Setiap langkahku diatur Dia
Maju mundurku kerana Dia
Ya ALLAH jangan biarkan aku mudah lemah
Jadikanlah aku hamba-Mu yang gagah
Kerana aku tahu mukmin yang kuat itu lebih disayangi-Mu
Berbanding mukmin yang lemah…

Tidak, hari-hariku tiada kusam dek ujian
Kerana hidup itu sendiri adalah musibah
Maka apabila sesuatu ujian menimpa,
Itu norma kehidupan

Kalian penasaran mengapa aku katakan hidup ini musibah?
Kerana Adam diperdaya syaitan untuk memakan buah Khuldi bersama Hawa
Sedangkan pohon itu dilarang oleh Allah daripada didekatinya
Namun Adam tertipu
Terpisah daripada belahan jiwanya Hawa
Dilempar jauh ke dunia penuh pancaroba meninggalkan syurga penuh nikmat
Bukankah itu suatu musibah?

Tidak, hariku tiada kusam dek ujian
Justeru itu tanda Allah mahu mendengar aku merintih
Kerana Dia ar-Rahman ar-Rahim (Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang).

10 Februari 2013
4.26pm
Nurul Liyana Kamaruddin



Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July