Blues II
بسم الله الرحمن الرحيم
Kenapa kau cipta cinta
Sedangkan tika ini kau biar cinta retak seribu
Tanpa daya upaya
Tanpa kemahuan
Agar cinta dapat kau selamatkan
Aku keliru
Aku hairan
Aku marah
Jelas
Nyata itu kamu
Pengkhianat sejati cinta akrab persahabatan!
5:57 pm 10/2/2013
Mak, ngantuk... |
Ewah,ewah. hari ini korang mesti kata aku jiwang lagi, kan. Tak, atas ni pasal perasahabatan yang telah musnah. Sajak ni tercipta bila kawan aku gaduh dengan roommate dia. Semoga diorang dapat berbaik semula, Insya-Allah.
Korang tahu tak, aku baru perasan bahawa 28 Februari tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum tarikh itu dicapai. Kenapa dengan tarikh tu? Em...sebenaqnya teman tak siap assignment individu lagi. Teman yang bagi nasihat, pedoman kat kome sume tapi last-last teman sendiri pula yang tak terbuat assignment tu? Hairan sungguh. Pelik Bin Aneh!
Apa nak aneh sangat, aku ni mudah terlupa orangnya. Terutama bila hidup aku sekarang ni mula bz cari kupon dan aktiviti berpersatuan (lebih kepada musyawarrah laaaaaa).
Tapi semua tu sebenaqnya takda masalah, kalau korang dah set dalam kepala korang yang tidur korang sentiasa cukup walaupun dalam sehari tu korang tido dalam lebih kurang 4 jam:))
Itu kata-kata Puan Kamarul Hayati tu.
*Cerita tadi sangat motivate diri aku untuk kejar dan terus kejar apa yang aku nak tanpa putus asa,"
Oye, aku dah habis modul part 2. Ada 3 semester lagi sebelum aku grad. Happy=) Sebenarnya aku ada banyak story nak cerita, tapi macam biasalah kan...my life is not an open book. Nak tahu cerita diri aku tanya aku, jangan main teka. Don't judge people. Bertamadunlah sikit. Tak semestinya orang yang ada kekurangan takde kelebihan diri. Entah-entah, orang yang korang ase kurang tu sebenarnya lebih dari korang.
Sebab tu...ambil yang jernih buang yang keruh:)))
Comments
Post a Comment