tuntut ilmu hingga ke liang lahad

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam yang pekat. Tetapi di ruang tamu malam tidaklah sepekat malam di luar rumah. Hal ini kerana lampu kalimantan terang benderang terpasang. Aku menghadap manual PAD190 (Prinsip-prinsip Pentadbiran Awam) di meja makan sambil ditemani abah yang lena tidur di atas tikar buluh beralaskan sebuah bantal, mama yang leka menonton drama kegemarannya dan dua orang adik lelaki yang baru sahaja lepas membaca buku *kononnya* yang kini sibuk parking sama di hadapan tv.

Aku tak jeles pun dengan golongan2 yang sedang goyang kaki ini, sebab aku punya vision baru dalam hidup iaitu khatam buku PAD, akaun dan CTU untuk Semester 2! Aku tak pasti sama ada ini kemahiran atau bakat baru yang muncul dalam diri aku *cheh cheh* tetapi aku berjaya mendapatkan buku-buku untuk semester seterusnya daripada senior-seniorku yang murah hati lagi bijaksana. Kali ini mesti pecah rekod dunia punya! *Buku tengok dia, tido dah rupanya. Baru 2 minit studi…* hehe -.-‘
Halaman pertama diselak,
Oh, bahagia…penjelasan lebih lanjut pasal Pentadbiran Awam rupanya.

WHAT IS PUBLIC ADMINISTRATION?

Definition: It is the branch of government that is responsible for the execution and implementation of policy.

Kalau dengar aje perkataan ni: Public Admin, mesti ada yang terbayang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik aka PTD kan? Sebenarnya banyak lagi bidang karier yang boleh diceburi…Cuma buat masa sekarang ni aku pun tengah mencari pekerjaan lain yang bersesuaian dengan kursus ni. Serius
 -.-‘
Aku baca lagi…

Public admin is a set of organization, rules and laws that ensure the intentions of the elected legislature are carried out through their laws. 

Akhirnya habis satu muka surat aku baca, dan aku mula rasa nak menaip. Di sinilah aku berakhir *bersama wajah yang bertempek bedak sejuk yang disapu bersama garam yang dikatakan berfungsi untuk mengeluarkan sebum*

Masih segar dalam ingatan, aku enjoy sangat belajar PAD 120 masa part 1. Best sangat sebab carry mark aku paling tinggi dalam group dan aku dapat 97% dalam test, Alhamdullilah Mana nak dapat semua tu dalam subjek2 lain? Oh, insya Allah dapat kalau aku usaha lebih kan? Aku rindu kelas dengan madam. Madam sangat baik. Tapi biasanya kalau bab2 jawab soalan dalam kelas aku tak perform sangat, instead of that aku suka tanya orang yang buat presentation sampaikan ada dalam kalangan ahli group aku yang dah bagitahu awal-awal sebelum group mereka present,

“Jangan tanya!”

Cukuplah. Mungkin post kali ini sudah jadi macam peribahasa masuk lif tekan sendiri. Thee hee~


Salah satu perkara yang aku belajar dalam PAD 120 ialah  the importance of Sovereignty of a state (Kedaulatan sesebuah negara), salah satunya untuk mengelakkan Malaysia jadi macam ni. Palestine merupakan penduduk asal, namun kerana memberi peluang kepada segelintir orang yahudi, tanah tumpah darah mereka dirampas. Aku pernah baca salah satu ayat dalam Majalah Islami kesayangan ramai, Solusi namun aku tak pasti sama ada itu hadis atau sekadar petikan kata-kata seorang tokoh,

“Sesiapa yang berjaya menguasai Masjidil Aqsa akan berjaya menguasai dunia,” dan tidak salah lagi, apa yang dinyatakan telah benar-benar berlaku.

Apa yang best, aku juga belajar  pasal undang-undang aka law. Sebenarnya sebelum melanjutkan pelajaran law telah menjadi antara salah satu cabang ilmu yang aku pilih, namun Allah berikan aku sesuatu yang lain, namun masih ada kaitan dengan law dan aku harap sifat syukur aku terhadap Pencipta Yang Maha Esa akan makin bertambah kerana masih memberi aku peluang untuk menuntut ilmu yang bermanfaat.


Mesti ada yang tertanya-tanya, apa kaitan law dengan gambar di atas? Ha, ni gambar dalam slide show chapter 5. Salah satu sumber untuk create law ialah religion (agama).  Religion is one of the sources for law. Sebagai contoh, dalam agama Islam, undang-undang atau syariah diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah. Undang-undang inilah yang menjadi pegangan hidup atau menentukan batasan dalam hidup seorang Muslim.

Apa-apapun, aku mahu lanjutkan pelajaran dalam bidang ni ke peringkat yang lebih tinggi, Insya-Allah. Menuntut ilmu bermanfaat tak salahkan?

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Keropok Cottage Industry