Kanada Aku Datang - Liyana Fardin
بسم الله الرحمن الرحيم
Kisah ini merupakan kisah benar salah seorang bekas pelajar SMK Bukit Jawa, Kelantan. Terdapat sedikit perubahan untuk menyesuaikan cerita ini dengan gaya penulisan saya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan dan semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua dan penyuntik semangat dalam mengejar impian.
Salji turun lagi di Kanada. Amirah memandang salji-salji itu jatuh dari bilik yang agak formal itu. Beberapa batang pohon maple yang tersusun seperti berbaris sudah tiada daun yang tinggal. Semuanya sudah gugur gara-gara musim salji yang dingin.
“Shall I call you a doctor now?” Amirah terkejut dengan keputusan itu. Professor yang berambut merah dan memakai kaca mata tidak berbingkai itu menghulurkan tangan mahu bersalaman.
“Congratulations, Dr. Amirah.” Amirah menyalami tangan perempuan separuh abad berbangsa Inggeris itu. Hatinya tidak putus-putus merafak rasa syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan dia peluang untuk mencapai darjah tertinggi sebagai ahli akademik, iaitu mendapatkan phD dalam bidang Sumber Manusia.
“Semua ini untuk agamaku,” bisik hati kecil Amirah lagi. Terbayang wajah kedua-dua arwah ibu ayahnya yang telah lama pergi menghadap Illahi kerana sakit tua. “…dan untuk arwah abah dan emak juga,”kali ini air matanya sudah kering, yang ada pada diri Amirah sekarang hanya perasaan syukur dan gembira.
Melangkah keluar dari situ bersama ucapan-ucapan tahniah daripada semua orang di dalam bilik, kelihatan kelibat seorang lelaki yang menunggu bersama dua orang anak kecil dan satu jambangan bunga yang tergenggam kemas dalam tangan si kecil. “Tahniah sayang,” Amran, suaminya mengucup dahinya perlahan. Fatih dan Fatunnisa menyalami tangannya dan mengucup penuh kasih tangan ibu mereka yang sudah sekian lama tidak sempat untuk meluangkan masa bersama mereka kerana sibuk dengan pelajaran dan research. Amirah melutut sebelah kaki, Fatih yang hanya setinggi paras pinggangnya menghampiri lagi, kali ini bersama sejambangan kecil bunga lavender dihulurkan, “Just for you, mama. Congratulations,”petah sahaja budak lelaki yang berusia 7 tahun itu berbicara. “Ohh, thank you darling,” Amirah menyambut lalu mencium bau lavender yang sangat harum dan menyenangkan. “It smell so good. Both of you too, ayah mandikan ya?” Fatih dan Fatunnisa menggangguk-angguk comel. Amran ketawa, “jom!” mereka sekeluarga melangkah pulang.
***
15 tahun lalu…
‘Eh, engkau tu dahlah miskin. Baju pun buruk lebih daripada kain buruk yang mak aku selalu guna buat lap lantai di rumah, tau tak? Ada hati nak kawan dengan kami. Sedarlah diri tu sikit, kau tu siapa?” herdik Zulaika kepadanya. Tubuh Amirah yang kurus melidi ditolak jatuh ke atas lantai simen.
Amirah mengaduh sakit. Tiada seorang pun di situ yang mahu menolongnya, yang kedengaran hanyalah hilai tawa mereka yang mengejek dan menghinanya. Semua itu hanyalah kerana dia miskin. Miskin harta, bukan miskin jiwa. Amirah sebak, dia lekas bangun lantas berlari dengan niat mahu segera pulang ke rumah. Namun, melihat Puan Siti Khadijah melewati kelas tingkatan 5 Anggerik, Amirah membatalkan niatnya lantas bergegas masuk ke dalam kelas kembali. Hujung lengan baju kurung putih segera mengesat matanya yang sudah basah. Amirah menarik nafas lalu duduk di mejanya.
“Kenapa dengan awak?” Masyitah, satu-satunya rakan yang baik baginya menegur. Jelas sahaja kelihatan mata Amirah yang masih merah.
“Habuk masuk mata,”balasnya perlahan dengan wajah yang tertunduk-tunduk. Masyitah menghadiri mesyuarat pemipin pelajar tadi dan jika Masyitah tahu apa yang telah berlaku ke atas Amirah, bagaimana Zulaika telah mengherdik, menghina dan menolaknya jatuh ke lantai sehingga lutunya luka, sudah pasti Masyitah mengambil tindakan terhadap budak perempuan kaya tetapi sombong itu.
“Biarlah, biar tuhan yang membalasnya,” desis hati Amirah lagi. Dia tidak mahu Masyitah marah-marah. Bukan dia tidak tahu, Masyitah sanggup mempertahankan dirinya meski dia juga bakal dicaci sama. Sebelum ini sudah beberapa kali Zulaika membuli dan menghina kemiskinan yang menghimpit dia dan keluarga dan setiap kali itu jugalah Masyitah mempertahankan. Tidak ada sahabat lain yang mulia hatinya seperti Masyitah.
Apa yang penting sekarang, Amirah mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap subjek sekarang, iaitu Matematik Tambahan. Walaupun subjek ini sudah menjadi ‘makanannya’, Amirah tidak mahu ambil mudah. Sudah banyak dinyatakan dalam sejarah, pelajar cemerlang yang terleka akhirnya kecundang ketika ‘final war’ dan Amirah tidak mahu tergolong dalam golongan itu.
***
“Assalamualaikum, mak, ayah. Amirah dah balik,” Amirah mencapai tangan ayahnya yang setia menunggu di tangga rumah papan yang agak uzur itu. Ayahnya meraba-raba kepala anak gadis itu yang masih bertudung sekolah.
“Macam mana pelajaran hari ini?” suara ayah serak sedikit. Sesekali batuk berselang-seli dengan percakapannya. Kesihatan ayah bertambah buruk.
Amirah merenung wajah ayahnya penuh kasih,
“Alhamdullilah, baik. Cikgu dah bagi markah peperiksaan pertengahan penggal lalu. Subjek Matematik Tambahan,”
“Berapa?” tanya ayah lagi. Masih tersenyum. Walaupun dunia baginya gelap namun mata hatinya cerah. Ayah menyambut kertas peperiksaan yang tertulis markah cemerlang itu. Menyentuh dan cuba merasa apa yang tertulis di atasnya.
“Ayah, ini bukan Braille,” Amirah tertawa.
“Saja, Amirah dapat berapa markah?” tanya ayah lagi.
“97 peratus, ayah. Paling tinggi dalam kelas,” Amirah bercerita penuh bangga.
Ayah bangkit bersama kertas peperiksaan di tangan. Berdiri dan bersama tongkat yang sedia ada di tangannya dan selok-belok rumah pusaka yang telah lama dihafalnya, ayah mencari ibu yang masih berada di dapur. Sibuk memasak sesuatu untuk makan tengah hari.
“Emaknya, tengok ni. Anak kita dapat 97 peratus markah periksanya,” Amirah hampir tertawa lagi.
Masakan tidak, emak juga tidak dapat melihat. Buta sejak kecil dan emak selalu mengatakan bahawa mengenali ayah dan mengahwini ayah merupakan perkara yang paling membahagiakan dirinya di dunia dan dia juga bersyukur kerana mempunyai anak yang solehah seperti Amirah.
“Wah, pandainya kakak. Amir pun nak jadi macam kakak,” Amir mencelah. Sejak tadi sejurus pulang dari sekolah, adiknya itu menolong emak menanak nasi dan menggoreng ikan. Biasanya Amirah yang melakukan kerja-kerja itu, tetapi oleh sebab tahun ini dia bakal menghadapi peperiksaan SPM, emak tidak membenarkan dia menolong melakukan kerja-kerja dapur, malahan setiap kali dia cuba menolong, emak menyuruh dia masuk ke bilik dan belajar.
***
Hari kian gelap. Azan Maghrib sudah kedengaran. Amirah menunaikan Solat Maghrib kemudian dia mengerjakan solat Sunat Hajat. Pesan Ustazah Aminah terpahat di ingatan,
“Apabila kamu telah berusaha, maka bertawakallah. Sesungguhnya Allah SWT suka akan orang-orang yang bertawakall. Macam mana cara kita tawakkal? Dengan berdoa. Doa itu senjata orang mukmin,”
Amirah beristighfar seratus kali. Nabi Muhammad s.a.w yang maksum iaitu bersih daripada dosa pun sentiasa beristighfar 70 kali dalam sehari maka kita sebagai umatnya patut melakukan lebih daripada itu, begitu pandangan Amirah.
Amirah mahu berdoa kepada Allah, dia tidak mahu menjadi hamba-Nya yang angkuh kepada penciptanya sendiri. Amirah menadah tangan, lantas berdoa,
“Ya Allah, tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, adik-adikku, guru-guruku, sahabat-sahabatku serta sesiapa sahaja yang bersamaku. Ya Allah, aku hanyalah hamba-Mu yang lemah, maka Engkau jadikanlah aku insan yang kuat dalam menghadapi ujian-Mu. Ya Latif, berikanlah kami petunjuk dan hidayah-Mu. Jangan Kau sesatkan kami, sebaliknya tuntunlah kami jalan yang lurus. Ya Allah, jadikanlah aku dan sahabat-sahabatku insan-insan yang berjaya dalam peperiksaan SPM nanti. Semoga kejayaan kami nanti mampu membahagiakan kedua ibu bapa kami. Aminn, Ya Rabbal alamin…”
Air mata Amirah menitis. Sayu hatinya mengenangkan kedua ibu bapanya yang buta dan adik-adiknya yang masih kecil SPM tahun ini sijil penentu masa depannya.
***
“Emak pergi lagi ke Bandar esok?” Amirah bertanya lembut sambil mengurut-ngurut bahu ibunya.
Emak menyentuh tangannya.
“Mestilah emak kena pergi ke Bandar esok. Lagipun, Amirah kan dah nak periksa. Banyak duit nak pakaikan. Nak bayar yuran peperiksaan lagi, nak beli alat tulis lagi,” tutur emak.
“Tak payahlah nak susahkan diri emak, abah. Amirah boleh buat Nasi Lemak cuti ni. Boleh jual dekat jiran-jiran,” gesa Amirah. Dia kasihan melihat ibu dan ayahnya bekerja memberi khidmat refleksologi dan menjual tisu di pinggir jalan.
“Amirah,” ayah menyapa. Sejak tadi ayah mendengar radio yang terpasang memutar ceramah agama daripada Ustaz Hanifah, dan baru kini ayah bersuara.
“Amirah yang tak patut menyusahkan diri buat itu semua. Apa yang penting sekarang ni, Amirah mesti belajar bersungguh-sungguh. Bila dah Berjaya nanti, barulah Amirah dapat tolong emak dengan ayah dan jadi contoh buat adik-adik,”
Amirah merenung tubuh-tubuh kecil yang telah tidur di atas tilam nipis berhampiran. Amir sudah berada di tingkatan 2, Maisarah sudah darjah lima dan Alif yang baru sahaja di darjah tiga. Amirah akur dengan kata-kata ayah, hanya ilmu yang mampu mengubah nasib mereka. Amirah kagum dengan semangat ayah dan emak, yang sanggup bekerja keras tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain. Walaupun kedua-duanya cacat penglihatan, pemikiran dan pandangan mereka lebih baik daripada orang lain yang tidak ada apa-apa kekurangan.
Bermula detik itu, Amirah tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Dia mahu membuktikan bahawa orang susah sepertinya juga mampu berjaya.
***
Amirah berjaya dalam peperiksaan SPM. Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah university tempatan dalam jurusan Sains Sosial, namun Amirah tidak berhenti setakat itu. Amirah berjaya memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di university of West Michigan, Amerika Syarikat dalam bidang yang sama. Segulung ijazah berjaya diperoleh, dan Amirah tidak malu untuk membawa ayah ibunya menghadiri Majlis Konvokesyennya di AS.
Ramai yang mengagumi dirinya, namun sanjungan dunia tiada memberi makna. Ayah dan emak menghembuskan nafas terakhir di Tanah Suci Mekah dua tahun lepas dan jenazah mereka dikebumikan di bumi Anbia.
“Mama. Bagaimana rasanya memperoleh kejayaan?,” Fatih bertanya. Lidahnya semakin petah berkata-kata. Amirah berhasrat untuk menghantar puteranya itu ke sekolah agama.
“Kejayaan itu sangat manis,” Amirah mengucup pipi Muhammad Fatih dengan rasa bahagia.
Terima Kasih Allah.

Comments
Post a Comment