Mari menggulai

بسم الله الرحمن الرحيم

hui, tengok sapo masok tu...
  Burung-burung berkicau riang di luar rumah, meskipun langit pada tengah hari itu beransur mendung. Angin kencang sekali, menandakan awan cumulonimbus juga bakal menaungi bumi Pasir Puteh. Hujan akan turun. Beg sekolah yang adik jemur pagi tadi belum kering. Selepas solat Zohor, aku tercongok di hadapan tv dengan niat di hati nak menonton cite Hindustan, tiba-tiba mama memanggil,


“Kak Long!!!”

Lalu dengan langkah yang berat aku meninggalkan filem Bhoothnath lakonan Amitabh Bachan yang macam best itu lalu menuju ke dapur. Terkial-kial aku memakai selipar, maklumlah dapur ni lantainya basah.

“Tolong ma masak gulai ayam,”

Bunga api meletup, dan rasminya hari ini aku belajar cara-cara nak buat gulai ayam. Aku ni bukanlah pandai sangat masak, tapi kalau setakat bihun sup, telur dadar, jemput-jemput memang aku pro. Bukan tak pernah menggulai, aku pernah tolong mama menggulai tapi tolong yang mudah-mudah dan aku tidak pernah terlibat secara sepenuh hati dalam segala prosedur full untuk gulai ayam.

Jadi, dalam usaha aku nak menghafal resepi ni, aku telah menulisnya *sekarang ini*,
Bahan-bahan:

1) Ayam yang telah dipotong dan telah dibersihkan
2) 4 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih (jangan ambil 3 labu suda…)
3) minyak masak
4) 1 batang kulit kayu manis 
5) serbuk kari daging
6) satu camca kecil garam dan 1/4 nisan (pengganti gula)
7) santan satu paket kecil
8) serbuk perasa (Pasti Sedap)
9) Cili boh
10) asam keping
11) air putih

Mula-mula, panaskan minyak dan bila minyak dah panas tu, masukkan sebatang kulit kayu manis. Potong bawang merah dan bawang putih tadi kecil-kecil, lepas tu masukkan ke dalam periuk yang sama bersama kulit kayu manis tadi dan tumis sampai garing. Kenapa kena garing? Nak pastikan gulai kita ni sedap…

Lepas tu, masukkan serbuk kari, dan sedikit air. Tumis lagi sampai sebati dan masukkan ¼ nisan. Lepas tu masukkan serbuk perasa dalam satu sudu besar gitu lepas tu masukkan ayam yang telah dibersihkan dan dipotong itu ke dalam periuk, gaul dan masukkan air. Next step, masukkan santan satu paket kecil, masukkan semua dan kacau. Sebab nak kasi gulai ni jadi merah sikit, maka kita masukkan  sedikit cili boh. Pandai-pandailah yea:D Tunggu biar menggelegak dan akhir sekali masukkan asam keping. Kena tunggu dalam 15 minit lagi dan wallah, dah siap!
btw, ni gambar internet. Manalah sempat aku nak snapping pics masa menggulai, kan.
agak-agaklah=D
Resepi ni juga boleh digunakan untuk buat kari ayam dan ayam pedas. Bezanya bagi kari ayam, jangan masukkan santan dan bagi ayam pedas pula, gantikan kari dan santan tu dengan cili boh. Tapi kena tengok pula gula garam tu…jangan terlampau manis atau masin, yea!

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July