Babysitter ^bidan terjun^

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku bukanlah seorang yang pemalas, juga bukan seorang yang boleh dikategorikan sebagai insan yang rajin lagi workaholic. Aku hanyalah insan biasa, sama macam belia lain*layakkah daku menggunakan perkataan remaja* namun harini aku telah menjadi seorang yang luar biasa dengan melakukan satu perkara yang aku jarang-jarang lakukan *bkn tak pernah ya*, iaitu:

Jadi babysitter (^^,)


Sebenarnya aku pun tak expect yang aku akan jaga sepupu aku merangkap jiran aku yang comel ni, umurnya aku rasa dalam 1 tahun lebih macam tu dan budak kecik ini memang dikenali sebagai baby yang tak banyak songeh atau lebih tepat lagi bejuruss.



riang bersama tudung yang diperbuat daripada lampin=D
Mak saudara aku yang tinggal kat sebelah rumah ni ada restoran di Pasir Puteh dan beliau tersangat sibuk hari ni dan akulah yang menjadi babysitter Alisya, baby bejuruss. Baby bejuruss tidak banyak menyusahkan aku yang leka menonton video cite-cite Korea di Youtube, malahan beliau makan tak memilih. Setelah makan sekeping roti kosong Gardenia dalam masa tak sampai dua minit dan minum secawan teh yang dah tak berapa nak suam, aku baringkan Alisya lalu mendodoikan beliau dengan videoklip lagu Yuna, Penakut. Tak kusangka baby bejuruss boleh tidur mendengar lagu Yuna, atau pemilik nama penuh Yunalis Zaraii ini. 

Setelah yakin dan pasti Alisya benar-benar nyenyak tidur, aku angkat dan letak dia atas tilam kecil di hadapan televisyen. Melihat keadaan awan mendung yang kian gelap, aku tahu aku tak perlu jemur kain kerana kompem-kompem hujan nak turun. Alisya terus tidur nyenyak sampailah umminya pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang.


Sungguh, menjadi babysitter kepada seorang bayi yang tidak banyak karenah merupakan suatu pengalaman aneh, bagi aku kerana kebanyakan bayi yang aku jumpa suka menangis dan merengek. Oleh itu, Alisya merupakan personaliti baby yang boleh dibanggakan dalam keluarga ini, hi hi.


“Kasihilah kanak-kanak, sesungguhnya mereka lebih mulia berbanding kita yang telah dewasa kerana kanak-kanak bersih daripada dosa,”


CREDIT TO AIN FOR THE PHOTO.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July