Kebaikan Bersangka Baik
بسم الله الرحمن الرحيم
Dipetik dari: Ruangan Hasanah, Majalah Anis
Kelolaan: Zakaria Sungib
Sebahagian daripada kita pernah menonton video dokumentari The Secret atau membaca bukunya. Dalam video itu dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kanser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doctor mengesahkan kansernya pulih.
Dalam video itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (menyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan menyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.
Saya sangat terkesan dengan apa yang dipaparkan dalam video The Secret itu kerana apa yang dianggap ‘rahsia’ itu sebenarnya sudah diberitahu lama dulu oleh Rasullulah SAW, tetapi kita umatnya sudah tidak begitu menghiraukannya.
‘Rahsia’ itu diberitahu oleh Baginda dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku, dan Aku menyertainya ketika dia telah berdoa kepada-Ku.” (Riwayat Muslim)
Dalam hadis qudsi ini, Allah memberi isyarat bahawa apa yang difikirkan dan diyakini oleh hamba-Nya, itulah yang Dia akan beri.
Orang-orang yang bertakwa tidak perlu belajar tentang ‘The Secret’ kerana sikap dan keyakinan mereka memang sentiasa positif. Mereka sentiasa berfikir yang positif dan menyakini yang positif. Diuji dengan dugaan hidup yang berat pun, mereka masih positif bahawa Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada mereka melalui ujian itu. Lalu itulah yang mereka dapat iaitu kebaikan dari musibah yang berlaku. Mereka sentiasa bersangka baik (husnuz zan) dengan Allah, sentiasa yakin adanya hikmah di sebalik setiap ujian-Nya. Maka hikmah itulah yang mereka dapat.
Inilah rahsia kenapa orang-orang bertakwa sentiasa tenang dalam hidup. Seorang sahabat Nabi SAW ketika diberitahu mengenai anaknya yang sedang sakit tenat, dia tidak bergegas pulang menemui anaknya. Sebaliknya, dia turun dengan tenang dari untanya dan melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian berdoa kepada Allah. Apabila ditanya mengenai sikap tenangnya itu, dia lantas berkata bahawa dia telah melaksanakan apa yang Allah suruh dalam firman-Nya: “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Al-Baqarah 2:45)
Fokus orang-orang bertakwa adalah pada memburu reda Allah dan menanggap reda Allah adalah segala-galanya. Mereka berbuat ketaatan dengan mengharap dan menyakini di situ adanya reda Allah. Mereka meninggalkan perkara maksiat dan mungkar dengan mengharap dan menyakini bahawa Allah meredainya. Reda Allah yang mereka mahukan dan yakini maka reda Allah itulah yang mereka dapat. Apabila Allah reda kepada seseorang, Allah menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi reda dan kasih kepadanya termasuk makhluk yang dipanggil energi, sel, atom atau apa saja namanya.
Inilah juga rahsia kenapa Allah melarang umat Islam berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa kesusahan, seseorang itu sudah mewujudkan sangkaan negative (suuz zan) di dalam dirinya. Dia akan dua kali susah. Susah ditimpa dugaan hidup dan susah kerana kesusahan yang menyusul akibat berfikiran negatif. Sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung ternafi hikmah daripada musibah yang sepatutnya dia boleh dapat apabila bersangka baik kepada Allah.

Comments
Post a Comment