Air mata sudah kering...

بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang kanak-kanak perempuan berjalan riang dan tangannya kemas digenggam ibunya. Langit juga cerah hari itu tetapi tanpa disangka-sangka, bumi mereka tiba-tiba dihujani bom dan peluru berpandu. Genggaman tangan dilepaskan dan kanak-kanak itu berlari ketakutan meninggalkan ibunya. Bukan kerana dia penting diri, tetapi kerana si ibu lebih mementingkan keselamatan anaknya dan ibunya tahu jika mereka berlari bersama pergerakan mereka akan sedikit terbatas dan mereka pasti terkorban dek bom dan peluru berpandu milik Israel Laknatullah.  Aku terkedu melihat paparan video ini dan perasaan sedih serta marah dalam diri bercampur baur. Sedih kerana saudara seislamku dianiaya dan marah kerana kekejaman dan kerakusan Israel yang lebih kejam daripada binatang.
Gaza telah diceroboh oleh Israel selama 64 tahun dan penduduk Palestin menderita. Sejak tahun 1948 tanah mereka dicuri namun Israel mengatakan serangan yang dilakukan adalah untuk mempertahankan negara mereka. Sudah terang lagi bersuluh, ini satu penipuan yang nyata kerana Israel tidak punya negara. 
Apa yang mampu aku dan teman-teman lain lakukan di sini hanyalah berdoa semoga Allah SWT memelihara saudara-saudara kami di Gaza, Palestin dan kami akan terus berusaha memajukan diri kerana itu jihad kami.

Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July