warna kehidupan


Bismillah. 
Dah lama rasanya insan ini tak berblog. Jujur ya, tak dapat nak menulis sebab talian internet tiada di rumah akibat modem rosak. Alhamdullilah sekarang modem dah ada yang baru dan nasib baik jugalah mama tersayang nak belikan buat anakandanya yang semakin hari semakin comel ini walaupun harganya agak mahal. Sepanjang hari ini saya banyak berjalan dan berita baik berat badan saya bakal mencapai berat badan ideal atau sihat =B Amboi, itu pun liyana nak cerita kat orang ke, ha ha. Saya sebenarnya bukanlah seorang individu yang obses mengenai berat badan, tetapi apabila ayahanda dan kaum kerabat mula menegur mengenai badan saya yang makin hari makin naik macam penyanyi Adele yang berisi tetapi kekal cantik itu baharulah diri ini terkocoh-kocoh nak kawal pemakanan-.-' Ya Allah, semoga hamba-Mu ini dapat menjalankan sunnah kekasih-Mu iaitu "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang." Insya-Allah.


Comments

Popular posts from this blog

Japanese Script Part II

Secebis Pengalaman :Speaking Test MUET

Secebis Pengalaman: Reading, Writing & Listening MUET July