Posts

Sebelum tidur...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  Sebelum Tidur Tafsir Haqqi:- Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... Bertanya Aisyah r.a : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? Rasullulah s.a.w tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : 1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 3 . Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. 4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Babysitter ^bidan terjun^

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Aku bukanlah seorang yang pemalas, juga bukan seorang yang boleh dikategorikan sebagai insan yang rajin lagi workaholic . Aku hanyalah insan biasa, sama macam belia lain *layakkah daku menggunakan perkataan remaja* namun harini aku telah menjadi seorang yang luar biasa dengan melakukan satu perkara yang aku jarang-jarang lakukan *bkn tak pernah ya* , iaitu: Jadi babysitter (^^,) Sebenarnya aku pun tak expect yang aku akan jaga sepupu aku merangkap jiran aku yang comel ni, umurnya aku rasa dalam 1 tahun lebih macam tu dan budak kecik ini memang dikenali sebagai baby yang tak banyak songeh atau lebih tepat lagi bejuruss. riang bersama tudung yang diperbuat daripada lampin=D Mak saudara aku yang tinggal kat sebelah rumah ni ada restoran di Pasir Puteh dan beliau tersangat sibuk hari ni dan akulah yang menjadi babysitter Alisya, baby bejuruss. Baby bejuruss tidak banyak menyusahkan aku yang leka menonton video cite-cite Korea di Youtube, malahan beliau ...

Mari menggulai

Image
بسم الله الرحمن الرحيم hui, tengok sapo masok tu...   Burung-burung berkicau riang di luar rumah, meskipun langit pada tengah hari itu beransur mendung. Angin kencang sekali, menandakan awan cumulonimbus juga bakal menaungi bumi Pasir Puteh. Hujan akan turun. Beg sekolah yang adik jemur pagi tadi belum kering. Selepas solat Zohor, aku tercongok di hadapan tv dengan niat di hati nak menonton cite Hindustan, tiba-tiba mama memanggil, “Kak Long!!!” Lalu dengan langkah yang berat aku meninggalkan filem Bhoothnath lakonan Amitabh Bachan yang macam best itu lalu menuju ke dapur. Terkial-kial aku memakai selipar, maklumlah dapur ni lantainya basah. “Tolong ma masak gulai ayam,” Bunga api meletup, dan rasminya hari ini aku belajar cara-cara nak buat gulai ayam. Aku ni bukanlah pandai sangat masak, tapi kalau setakat bihun sup, telur dadar, jemput-jemput memang aku pro. Bukan tak pernah menggulai, aku pernah tolong mama menggulai tapi tolong yang mudah-mudah dan aku tidak pe...

✿..Kunjungan Terakhir..✿

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin  Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut MEMERHATI wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa. ” Ya..malaikat maut perhatikan kita 70 kali sehari : 1 HARI = 24 JAM 1 JAM = 60 MINIT Maka, 60 MINIT x 24 JAM = 1440 MINIT Oleh itu, 1440 MINIT / 70x malaikat maut memerhati kita maka kita akan dapat jawapan = 20.5714285 minit. Kalau kita bundarkan dapat la jawapan dalam 21 minit.. SETIAP 21 MINIT MALAIKAT MAUT AKAN PERHATIKAN KITA... p/s : "Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya)."(Surah Al-Hijr ayat 5 ) ...

tuntut ilmu hingga ke liang lahad

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Malam yang pekat. Tetapi di ruang tamu malam tidaklah sepekat malam di luar rumah. Hal ini kerana lampu kalimantan terang benderang terpasang. Aku menghadap manual PAD190 (Prinsip-prinsip Pentadbiran Awam) di meja makan sambil ditemani abah yang lena tidur di atas tikar buluh beralaskan sebuah bantal, mama yang leka menonton drama kegemarannya dan dua orang adik lelaki yang baru sahaja lepas membaca buku *kononnya* yang kini sibuk parking sama di hadapan tv. Aku tak jeles pun dengan golongan2 yang sedang goyang kaki ini, sebab aku punya vision baru dalam hidup iaitu khatam buku PAD, akaun dan CTU untuk Semester 2! Aku tak pasti sama ada ini kemahiran atau bakat baru yang muncul dalam diri aku *cheh cheh* tetapi aku berjaya mendapatkan buku-buku untuk semester seterusnya daripada senior-seniorku yang murah hati lagi bijaksana. Kali ini mesti pecah rekod dunia punya! *Buku tengok dia, tido dah rupanya. Baru 2 minit studi…* hehe -.-‘ Halaman pertama diselak, ...

drama-drama sebelum kahwin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم I'm one of his fans. oi, mat lutfi ada fansclub ker?? ha ha. btw, this is an enjoyable video:)

Lucky Star

Image
"Hidup aku tidak berkiblatkan cinta terhadap hamba, hanya buat Yang Maha Esa," Sayang bayuku sayang sampaikan salam buat belahan jiwaku yang sekian lama berjauhan pergi bayu pergi menemui sayangku dan aku di sini senantiasa mendoakan agar dia tenang dalam rahmat-Mu selalu... bagaimana cintanya menemani aku kala kesunyian ketika sayu bertandang rindu menjenguk aku dalam tenang kerana dia juga kutahu tiada putus  mendoakan aku esok, cintaku esok bahagia milik kita:) bingkisan hati untuk: Dolphin Sweety yang bakal meraikan hari bahagianya pada 11.11.2012                  Semoga bahagia ke anak cucu dan semoga dirahmati Allah selalu:)