Nasihat せんせい
بسم الله الرحمن الرحيم
こんばんはみんな。
Dah lama aku tak menulis. Aku sering rasa macam aku tak punya waktu untuk hal-hal yang macam ni walaupun sebenarnya menulis tu minat aku. Biasalah, B+ blood type ni memang banyak hobi dan mudah pula meninggalkan hobi-hobi tersebut macam beliau meninggalkan boyfriend bila beliau dah start bosan....(part bf tu aku gurau je, serius)
Hari ni ada test Nihon Go yang terakhir, iaitu SPEAKING TEST. Macam biasa, Nihon Go ni subject favourite aku besides ELC (English Language). Nihon Go ni bagaikan 'Sweet Escape' aku selepas segala course lain relate dengan dasar-dasar kerajaan, etika, politik or whatsoever yang relate dengan PTD, u name it!
Mungkin genetik dari abah aku yang kerja beliau ialah guru bahasa...so itu menyumbang sesangatlah dalam genetik aku yang menyebabkan aku jadi suka sangat-sangat courses yang corenya bahasa ini.
Aku dengan cik Cahaya Mata pergi awal kelas Jepun hari ni. Sebenarnya kami terus ke bilik Sensei di FSR sebab test yang ni buat kat sana. Kena masuk dalam bilik ala-ala kena interview tu.
Aku boleh expect benda yang sensei nak tanya tu tak susah, (since aku tahu sensei aku tu baik gila orangnya dan suka memudahkan urusan orang lain dan satu lagi sebab ia mudah bagi aku ialah kerana aku pernah belajar bahasa Jepun ni (dengan cara tak bersungguh mana sebab tak menyumbang mata dalam subjek sekolah menengah dulu) selama empat tahun *hampir*.
Mula-mula sensei nampak aku dengan Cahaya Mata beliau pandang dan panggil masuk.
Aku geleng kepala sambil tutup muka cakap,
"No....." sebab aku tak confident.
"Eh eh, takut pulak," balas sensei.
Last-last Cahaya Mata yang masuk dulu.
Aku jadi orang ketiga yang masuk bilik sensei untuk Test ni.
"Awak, dah lama kat luar. Tapi sekarang baru masuk?" terangkat kening sensei.
"Saya nervous sensei, saya...kalau bab cakap-cakap ni saya....memang tak boleh," aku membalas sambil mengambil tempat di atas kerusi menghadap sensei tanpa minta izin nak duduk. hish takde etika betul.
"Memang saya nak buat awak nervous. Sebab tu saya buat test di sini," ujar sensei.
"Awak faham tak?" sambung sensei lagi. Mungkin dia tengok kening aku berkerut.
"Tak, saya tak faham,"
"Saya buat test kat sini sebab bila buat di kelas saya tak boleh kawal."
"Oh, macam tu ke," balasku. Bila nak tanya soalan ni sensei...
"Okay, saya akan tanya 5 soalan, dan kamu cuma perlu jawab je soalan tu,"
Aku menggangguk, pandai juga sensei ni, buat-buat cakap dengan aku. Bila aku dah bercakap secara santai tadi, rama-rama yang sibuk buat lompatan akrobatik dalam prut aku tadi dah terbang pergi. Kurang sikit nervousness dan nausea tu.
"おなまえわ だれ ですか。”(Nama awak apa?)
”わたしわ リヤナ です。” (Nama saya Liyana.)
”UiTMは どう ですか。” (Uitm ni tempat yang macam mana?)
”にぎやかで きれい です。” (Lively dan cantik.)
”いしょうに えいがを みませんか。” (Nak tak kita tengok wayang sama-sama?)
”はい、みましょう” (Ya, jom!)
”あなたわ たべましたか” (Awak dah makan ke?)
”はい、わたしは たべました。” (Dah, saya dah makan.)
”ここに へやが いますか。” (Dalam bilik ni ada siapa?)
”せんせいが います、” (Ada sensei) *Aku ulang soalan ni dua kali sebab aku tak familiar dengan perkataan KOKO
La mudah sangat macam makan Chipsmore je soalan lisan ni!
"Ha, boleh jawab pun. Semuanya betul. Kamu perlu lebih confident dengan diri kamu," nasihat sensei.
Sensei...tak pernah tahu yang aku pernah belajar bahasa jepun ni dahulu. Aku tak berminat nak bercerita...sebab ada kisah pahit aku kat sekolah tu. Yang lepas, biarlah lepas...semua tu bagaikan mimpi.
"Kalau awak tak tahu nak cakap apa, awak belasah je...cakap je apa yang terlintas. Asal awak menjawab."
"Awak ambil course apa kat sini ya?"
"Awak ambil course apa kat sini ya?"
"Admin Science," balas aku. Mata aku mula tengok kiri kanan. Feel ni...macam duduk dalam bilik kaunselor pula.
"Ha, course awak lagi banyak kena interaksi dengan orang kan?"
"Ye,"
"Ingat tu, awak kena confident."
"Okay sensei, Arigatou."
Aku bangun tinggalkan bilik sensei. Aku sebenarnya...sangat-sangat terinspirasi dengan kata-kata pensyarah Bahasa Jepun merangkap engineer di kilang Daihatsu tu.
Kata-kata sensei...bagi aku semangat...untuk lebih percaya akan diri aku.
わたしは ここに います。
Comments
Post a Comment